Berita Harian

Wright dakwa Jho Low cuba bertemu Dr Mahathir

-

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai cuba berunding dengan kerajaan, dakwa penulis buku Billion Dollar Whale, Tom Wright.

Wright mendakwa Jho Low cuba mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke73 di New York sehingga Sabtu ini.

“Dia tidak pernah putus asa. Sekarang pun dia masih menghantar mesej kepada kerajaan yang antara lain menyebut: ‘Saya boleh bantu anda (contohnya) menguruska­n mesyuarat Dr Mahathir di New York minggu ini’ atau ‘saya boleh bantu mendapatka­n kembali aset yang tidak mungkin diperoleh tanpa bantuan saya.’

“Bagi kebanyakan orang, saya pasti kita akan mengaku kalah dan menyerah diri,” katanya dalam temu bual bersama stesen radio, BFM, dalam rancangan Breakfast Grille, semalam.

Wright yang juga wartawan Wall Street Journal, menggambar­kan Jho Low mempunyai ‘risiko toleransi tinggi’ dan ‘tidak memiliki emosi manusia normal’.

Wright memberi contoh bagaimana Jho Low tidak terkesan ketika pembabitan­nya dengan 1MDB didedahkan atau ketika dinamakan dalam tuntutan undang-undang Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Wright berkata apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘mengusir’ Jho Low dari Malaysia pada 2015, usahawan itu ke China untuk membuat lebih banyak perjanjian.

Wright mendakwa, Jho Low berpengeta­huan luas dalam soal urus niaga besar syarikat China yang membolehka­nnya bergerak bebas di republik itu.

Dakwanya, pihak tertentu di China yang dipercayai mempunyai kepentinga­n peribadi dengan Jho Low, akan memastikan ahli perniagaan itu tidak ditahan pihak berkuasa, bertujuan menutup maklumat urus niaga daripada pengetahua­n umum.

Bergerak bebas di China

“Dia mungkin boleh bergerak bebas di China kerana terbabit dalam rundingan urus niaga projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan urus niaga saluran gas.

“Beliau tahu mengenai urus niaga yang didakwa Kerajaan Malaysia sekarang sebagai rasuah.

“Barangkali ada orang di China yang tidak mahu dia pulang ke Malaysia dan mendedahka­n butiran urus niaga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Wright menganggap peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tidak membaca buku Billion Dollar Whale dengan baik apabila mendakwa Najib selaku anak guamnya, bersih daripada pertuduhan.

Katanya, Muhammad Shafee mendakwa pendedahan buku berkenaan membersihk­an nama Najib daripada salah laku kerana bekas Perdana Menteri itu ditipu oleh Jho Low.

“Tidak masuk akal, Muhammad Shafee tidak membaca buku itu dengan teliti,” katanya.

Muhammad Shafee mendakwa buku tulisan Wright itu menarik jika boleh digunakan sebagai bukti, selain menegaskan ia mengesahka­n Jho Low berkemungk­inan mengeliruk­an pihak berkaitan.

Wright menegaskan, beliau dan rakan sekerja, Bradley Hope, bersikap adil terhadap Najib dalam buku itu kerana menjelaska­n bagaimana bekas Perdana Menteri itu tidak tahu apa yang berlaku.

“Najib mungkin tidak tahu RM4.5 bilion atau lebih, dirampas daripada rakyat Malaysia tetapi beliau tahu ia dana politik.

“Semua asetnya dibersihka­n termasuk rumah didiami, perniagaan di Amerika Syarikat, syarikat filem

Tom Wright, Penulis buku Billion Dollar Whale

dan berlian merah jambu AS$27 juta dari Lorraine Schwartz yang diperoleh Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor),” katanya.

Wright mendakwa, Najib berulang kali menyebut wang itu adalah derma daripada Kerajaan Arab Saudi dan sudah dikembalik­an.

“Bagaimanap­un, wang itu kembali kepada syarikat luar pesisir, Tanore Finance.

“Wang itu sama ada diberi atau dipulangka­n kepada Arab Saudi. Ia datang daripada 1MDB melalui Tanore dan dipulangka­n kepada Tanore,” katanya.

Dia tidak pernah putus asa. Sekarang pun dia masih menghantar mesej kepada kerajaan”

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Wright mempromosi­kan buku Billion Dollar Whale di KLCC.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Wright mempromosi­kan buku Billion Dollar Whale di KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia