Berita Harian

Model Playboy, pegawai kerajaan antara sumber Wright

-

Kuala Lumpur: Pengarang bersama buku Billion Dollar Whale,

Tom Wright, berkata secara umumnya sumber penulisan buku itu termasuk pegawai tertinggi kerajaan dan beberapa model Playboy.

Katanya, pegawai kerajaan terbabit tahu apa yang berlaku.

“Itu cara kita dapatkan banyak dokumen berkaitan pada peringkat awal,” katanya ketika sesi soal jawab bersama media dan tetamu pada pelancaran buku berkenaan di Suria KLCC, semalam.

“Secara umumnya mereka adalah pegawai tertinggi kerajaan. Saya bercakap mengenai individu yang dikenali dan bukannya seorang birokrat,” katanya.

Enggan dedah lanjut

Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n lanjut sumber yang memberi maklumat kepadanya berhubung penyelewen­gan dana 1MDB sehingga ia berjaya dibukukan.

Katanya, sekiranya beliau mendedahka­n sumber itu, dikhuatiri boleh membahayak­an mereka.

Wright ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming yang bertanya siapa individu yang sering memberi maklumat penyelewen­gan 1MDB kepadanya menerusi e-mel.

Wright juga berkata, beberapa model Playboy turut dipanggil untuk mendapatka­n maklumat.

Katanya, beliau memperoleh nombor telefon model Playboy itu yang terkandung dalam e-mel dan buku milik Red Granite iaitu syarikat kepunyaan Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak.

“Model Playboy ini suka melepak. Jadi kami hubungi seramai 30 model sekitar (tahun) 2008, 2009. Daripada jumlah itu, dua orang sahaja ingat Jho Low.

“Dua model itu berkata, ya, saya ingat Jho Low. Kami pernah hadir pada majlis hari jadinya di Palazzo. Antara model itu adalah Stephanie Lawrenmore seperti yang dipetik dalam buku (Billion Dollar Whale),” katanya.

Soal jawab kian hangat dengan kehadiran bekas Pegawai Khas Najib, Isham Jalil, yang meminta Wright mengemukak­an bukti penyelewen­gan dalam 1MDB.

Wright berkata, banyak laporan siasatan sedang berlangsun­g seperti dalam bukunya.

Dapatkan dokumen mahkamah Singapura, AS

Menurut Wright, apa yang pihaknya sedang lakukan adalah berusaha untuk mendapatka­n dokumen mahkamah daripada Kerajaan Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanap­un, jawapan Wright tidak memuaskan hati Isham yang dilihat kerap kali mencelah dan membangkit­kan pertanyaan.

“Saya mahu lihat bukti yang mensabitka­n dia (Najib) dengan dakwaan penyelewen­gan itu sebab dalam buku itu Jho Low banyak disebut,” katanya.

Isham terus mendesak Wright menjawab mudah ya atau tidak terdapat bukti yang mengaitkan Najib dengan penyelewen­gan terbabit.

Namun, Wright menjawab: “Secara peribadi saya rasa (ya).”

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE /BH] ?? Orang ramai mendapatka­n tandatanga­n Wright pada majlis pelancaran buku Billion Dollar Whale di Suria KLCC, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE /BH] Orang ramai mendapatka­n tandatanga­n Wright pada majlis pelancaran buku Billion Dollar Whale di Suria KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia