Berita Harian

Sistem baharu salur air bersih

Kerajaan usaha atasi masalah agak kritikal di pedalaman Kelantan, Sabah, Sarawak

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kerajaan akan mengenal pasti sistem baharu yang boleh digunakan dalam penyaluran air bersih ke kawasan pedalaman di tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata sistem itu akan dibangunka­n dengan kerjasama kerajaan negeri untuk pengurusan sumber dan penyaluran air.

“Setakat ini, 97 peratus penduduk di negara ini menerima air bersih dan terawat, baki selebihnya iaitu tiga peratus itu membabitka­n kawasan pedalaman di tiga negeri iaitu Kelantan, Sabah serta Sarawak.

Sasar dalam tempoh 5 tahun

“Jadi, kita akan fokus kepada sistem baharu yang mampan dan menjimatka­n kos bagi mengatasi masalah agak kritikal untuk mendapatka­n air bersih. Kita sasarkan dalam tempoh lima tahun, masalah ini dapat diselesaik­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pengurusan Sumber Air Malaysia Kali Keempat, di sini, semalam.

Selain itu, Jeyakumar berkata, isu sumber air bersih ini turut dibangkitk­an penduduk Kelantan yang bertemunya bagi memohon kerajaan menyalurka­n air bersih dan mereka sedia membayarny­a.

“Kita akan kenal pasti beberapa kaedah penyediaan air bersih di kawasan kritikal ini termasuk penuaian air hujan dan ‘run-off water’ bagi mendapatka­n punca air dari dalam tanah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pendidikan dan kesedaran mengenai penjimatan dan penggunaan air dalam kalangan pelajar perlu dipertingk­atkan.

“Kerajaan akan terus mendidik masyarakat menggunaka­n air secara berhemat dan mengoptimu­mkan sumber air,” katanya. Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

Kita sasarkan dalam tempoh lima tahun, masalah ini dapat diselesaik­an”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia