Berita Harian

Pelaksanaa­n SST tak boleh pengaruhi harga rumah era GST

-

Kuantan: Harga rumah yang dibina ketika era pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sukar diturunkan kerana cukai input enam peratus dikenakan terhadap pemaju tidak boleh dituntut.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pahang, Wong Kok Loon, berkata justeru pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dengan kerajaan memberi pengecuali­an cukai itu kepada sektor pembinaan tidak boleh mempengaru­hi harga rumah yang didirikan ketika era GST.

“Ketika era GST, cukai input enam peratus ke atas semua bahan binaan, termasuk infrastruk­tur tidak boleh dituntut oleh pemaju perumahan. Oleh itu, cukai berkenaan terpaksa diserap oleh pemaju.

“Justeru, pelaksanaa­n SST tidak boleh mempengaru­hi harga rumah yang dibina ketika era GST,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, semalam.

Bahan binaan dikecuali SST

Media sebelum ini melaporkan kerajaan akan menarik balik pengecuali­an SST yang diberi kepada sektor pembinaan jika pemaju tidak mengurangk­an harga rumah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dipetik sebagai berkata bawah regim GST sebelum ini, sektor pembinaan dikenakan cukai enam peratus, termasuk menyewa serta bil utiliti dalam sektor komersial dan industri, namun kini semua dikecualik­an cukai.

Pada Ogos lalu, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n beberapa bahan binaan seperti simen, batu bata dan produk keluli, akan dikecualik­an daripada SST.

Bagaimanap­un, Kok Loon berkata, persatuan itu menggalakk­an ahlinya memberi rebat dengan menurunkan harga rumah bagi projek yang mula dibina selepas 1 September lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak pembekal dan pengilang diharap menurunkan harga bahan binaan selaras pengumuman kerajaan mengecuali­kan simen, batu bata dan produk keluli daripada SST.

“Ketika ini, harga barangan terbabit masih belum turun. Ini menyebabka­n rumah sukar dijual pada harga lebih murah,” katanya.

Wong Kok Loon, Pengerusi REHDA Pahang Persatuan menggalakk­an ahli memberi rebat dengan menurunkan harga rumah bagi projek yang mula dibina selepas 1 September lalu”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia