Berita Harian

Beri lebih peluang belia bawah 35 tahun

Galak sertai kalangan pembuat keputusan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Belia di bawah usia 35 tahun di negara ini perlu diberi lebih peluang berada pada peringkat pembuat keputusan sama ada dalam sektor awam, korporat atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata penyertaan belia yang berbakat dan mempunyai idea bernas penting sebagai pemangkin pembanguna­n sesebuah syarikat atau agensi.

“Ketika ini Kementeria­n Belia dan Sukan sedang mengumpul maklumat mengenai indeks belia dan penyertaan mereka di peringkat pembuat keputusan.

Indeks belia

“Saya sudah minta satu indeks belia yang komprehens­if disediakan dan ia dijangka siap Januari tahun depan. Ini supaya kita tahu penyertaan anak muda dalam Pejabat Menteri, GLC, ahli lembaga pengarah di sektor korporat, ketua kampung, ahli majlis dan sebagainya.

“Selepas dapat maklumat ini, baharu kita tahu di mana kurang anak muda dan apa patut kita lakukan.

“Kita tidak boleh paksa mereka untuk meletakkan belia dalam peringkat pembuat keputusan kerana ia membabitka­n pelbagai perkara, termasuk dasar, tetapi kita amat menggalakk­annya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu beliau menyertai sesi dialog dan bengkel Technical Working Group (TWG) Pembudayaa­n dan Pemerkasaa­n Keusahawan­an Anak Muda bersama Menteri Pembanguna­n Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

Kira-kira 400 peserta terdiri daripada usahawan muda menyertai sesi dialog berkenaan yang menjadi platform penting kepada usahawan belia untuk menyuaraka­n pandangan dalam usaha memperkasa pembanguna­n usahawan muda.

Ia adalah usaha Kementeria­n Belia dan Sukan serta Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan bertujuan berkongsi dan mendapatka­n pandangan, mendekati isu serta menjalinka­n hubungan lebih erat antara kerajaan dengan usahawan anak muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia