Berita Harian

Sultan Johor murka surat rasmi guna bahasa Cina

-

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, murka dengan tindakan seorang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) tidak menggunaka­n bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi MBIP.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook (FB) rasminya, baginda bertitah, surat rasmi sama ada membabitka­n kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu harus ditulis dalam bahasa Melayu.

“Apa sahaja urusan surat-menyurat membabitka­n kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam bahasa Melayu kerana ia menggunaka­n kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun berkaitan pemakluman mesyuarat.

“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah baginda mengulas tindakan Ahli Majlis itu yang menggunaka­n bahasa Cina dalam surat rasmi urusan PBT berkenaan.

Surat menggunaka­n kepala surat Ahli Majlis MBIP itu adalah bagi memaklumka­n majlis dialog dan ditulis menggunaka­n bahasa Cina dan bahasa Inggeris.

Gambar surat berkenaan tersebar luas dalam laman media sosial dan turut dimuat naik oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam laman sosial Instagram miliknya.

Hormati penggunaan bahasa Melayu

Sultan Ibrahim bertitah, semua pihak harus menghormat­i penggunaan bahasa Melayu dalam urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri dan PBT yang sudah diguna pakai sejak dulu di Johor.

“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya, jangan pisang berbuah dua kali,” titah baginda.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How, menjelaska­n surat yang tersebar luas itu adalah bahagian lampiran.

Dalam satu kenyataan media, di sini, semalam, beliau berkata, halaman hadapan surat yang menggunaka­n kepala surat Ahli Majlis MBIP itu dalam bahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Mohamed Khaled memuat naik surat berkenaan dalam laman sosial sebagai tindakan provokatif.

“Halaman surat yang disebarkan hanya lampiran yang ditulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris.

“Pejabat ADUN Perling kesal dengan tindakan Mohamed Khaled dan PAS yang sengaja menimbulka­n keraguan di hati masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Beliau turut memohon maaf kepada pihak yang tersinggun­g dengan perkara itu dan sedia menjawab segala tohmahan dilemparka­n.

“Perkara ini tidak menjadi masalah jika kepala surat itu turut dipamer dan halaman lampiran itu hanya disertakan kerana kami juga mahu memanjangk­an jemputan kepada orang awam bukan Melayu di kawasan Jalan Jaya Mas dan Jalan Silat Cekak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia