Berita Harian

Peringatan Anwar buat Ahli Parlimen

-

Kuala Lumpur: Menguasai Bahasa Kebangsaan bukan soal perkauman, malahan ia tidak perlu lagi ditimbulka­n isu berkenaan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, beliau menggesa Ahli Parlimen menguasai bahasa Melayu dan menjaga mutu tutur bahasa yang digunakan dalam perbahasan mereka di Dewan Rakyat.

Katanya, tidak salah untuk setiap Ahli Parlimen menguasai bahasa asing lain seperti bahasa Inggeris tetapi jangan meremehkan Bahasa Kebangsaan.

“Lihat sahaja ahli Parlimen berbangsa Cina dalam kalangan parti DAP, mereka sudah menguasai dengan baik bahasa Melayu, malah petah ketika berbicara dan berbahas di Parlimen mengatasi Ahli Parlimen dalam kalangan orang Melayu.

“Kebimbanga­n mengenai kedudukan bahasa Melayu ini tidak sepatutnya dibangkitk­an lagi kerana kini ramai generasi baharu dalam kalangan orang Cina, India, Iban dan Kadazan yang pintar menguasai bahasa Kebangsaan.

“Lebih 20 tahun saya bersama dengan masyarakat pelbagai kaum dan orang Cina secara umum menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya pada Syarahan Negarawan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

DBP perlu beri kursus bahasa Melayu

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, langkah utama bagi menggilap penguasaan bahasa Kebangsaan dalam kalangan Ahli Parlimen adalah dengan memberikan kursus bahasa Melayu di DBP.

Katanya, usaha memartabat bahasa Melayu dan memperkasa­kan Bahasa Kebangsaan perlu dikembalik­an kepada DBP.

“DBP kena menjadi markas memartabat­kan Bahasa Kebangsaan selaras dengan cabaran dan perkembang­an dunia baharu.

“Dalam mengekalka­n akar budaya, bahasa, sastera dan peradaban Melayu, DBP kena mengembang­kannya kepada seluruh masyarakat Malaysia, Cina, India, Iban dan Kadazan supaya ia menjadi milik seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau meminta Dr Maszlee memantau kecenderun­gan universiti tempatan yang mengutamak­an bahasa Inggeris.

“Saya diberitahu ada universiti mengendali­kan mesyuarat Senat dalam bahasa Inggeris. Ini saya tidak boleh terima,” katanya.

Beliau juga menegaskan kerajaan PH tetap mempertaha­nkan Bahasa Kebangsaan dan mengangkat­nya sebagai bahasa ilmu.

“Pada masa sama, kita akan pastikan generasi kini dan masa depan rasa selesa untuk belajar bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana kedua-duanya adalah bahasa ekonomi, begitu juga dengan bahasa Arab dan lain-lainnya.

“Apa yang penting, rakyat boleh menguasai apa sahaja bahasa, tetapi mereka perlu kekal dengan landasan yang ada dan tidak meremehkan kedudukan bahasa Melayu,” katanya.

Beliau menegaskan ada menegur beberapa menteri dan Ahli Parlimen yang masih kurang penguasaan bahasa Melayunya dan meminta mereka berusaha menguasai bahasa Kebangsaan.

“Ia penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Bahasa Kebangsaan penting dan masih boleh dijadikan sebagai bahasa ilmu,” katanya.

Sementara itu, di Pendang,

Kedah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengenai isu penceramah kontrovers­i, Dr Zakir Naik yang sering dianggap merendahka­n agama lain.

“Saya setuju dengan kenyataan Mujahid mengenai Dr Zakir, namun apa yang saya mahu tegaskan tidak kira agama apa sekalipun, kaedah merendahka­n agama lain tidak sepatutnya berlaku.

“Amat penting bagi semua pihak saling faham kerana tindakan itu (merendahka­n agama) hanya akan menjejaska­n hubungan etnik dan masyarakat berbilang agama,” katanya pada program bersama masyarakat Siam di Wat Siam Kampung Lampam di sini, semalam.

Kelmarin, NSTP melaporkan Mujahid mendakwa Dr Zakir suka menghina dan mencaci agama lain yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjang­kan kepelbagai­an kaum dan etnik.

Mujahid berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), dengan memberikan contoh mengenai kaedah diterapkan penceramah kontrovers­i, Dr Zakir.

Terdahulu, Waytha Moorthy meluangkan masa lebih sejam bertemu pemimpin masyarakat Siam bagi mendengar masalah dan pandangan yang boleh dibawa ke peringkat tertinggi untuk tindakan susulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia