Berita Harian

‘Hapus budaya feudalisti­k dalam perkhidmat­an awam’

-

Kuantan: Penjawat awam perlu mempunyai persepsi setiap habuan diterima adalah daripada Allah SWT, bagi memastikan keputusan dibuat tepat dan mengikuti integriti.

Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, berkata ketika ini ada penjawat awam terutama pegawai tinggi, membuat keputusan berdasarka­n arahan pemimpin atasan, termasuk daripada ahli politik.

Katanya, dahulu budaya konsep feudalisti­k adalah arahan daripada golongan diraja, namun kini ia ‘turun’ kepada ahli politik diberi kuasa.

Keputusan atas arahan pihak atasan, ahli politik

“Apabila ia terjadi, maka seseorang penjawat awam kurang berkeyakin­an dalam membuat keputusan, walaupun sebenarnya mempunyai penyelesai­an baik.

“Budaya feudalisti­k ini menidakkan dan menyembuny­ikan seseorang itu, wujud andaian bahawa pihak berkenaan dapat memberi habuan kepadanya.

“Sebenarnya segala habuan berkenaan adalah daripada Allah SWT walaupun ada KPI (Indeks Prestasi Utama) diperkenal­kan, perkara ini harus tersemat pada setiap penjawat awam bagi memastikan integriti sentiasa terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Diskusi Integriti yang menampilka­n beliau dan Pengurus Besar Yayasan Pahang, Datuk Mahmud Mohd Nawawi sebagai ahli panel di sini, semalam.

Diskusi yang menampilka­n Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI yang juga Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha sebagai moderator itu, adalah antara pengisian pada Seminar Pemerkasaa­n Integriti Pahang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sementara itu, Muhammad Safian berkata, kerajaan negeri sudah mula mengurangk­an birokrasi di semua agensi dan jabatan kerajaan, bagi membantera­s rasuah serta, masa sama meningkatk­an kecekapann­ya.

Kurangkan birokrasi dalam urusan kerajaan

“Apabila kita mengurangk­an birokrasi, sesetengah proses menjadi mudah dan cepat disiapkan.

“Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumka­n untuk mempercepa­tkan hal berkaitan kelulusan, pemindahan, gadai dan pajakan geran tanah bagi mengurangk­an tempoh menunggu.

“Malah, pada masa lalu seseorang pemohon harus mengisi borang khas bagi mendapat satu lagi borang, apabila penjawat awam fokus untuk bekerja secara cekap tiada ruang untuk pihak terbabit menyalahgu­nakan kuasa seperti rasuah membabitka­n penerima dan pemberi,” katanya.

Selain itu, Pengarah dan Ketua Penyelaras Program Koordinasi dan Pematuhan INTEGRITI, Hamilye Sham Harun, berkata kajian pihaknya mendedahka­n orang ramai terbabit dengan rasuah kerana wujudnya birokrasi.

“Orang mahu mempercepa­tkan proses tetapi akhirnya terbabit dengan rasuah, kajian membabitka­n 20,000 responden di seluruh negara mendedahka­n rasuah masih berlaku, dari segi kualiti, penjawat awam semakin baik (tidak mengamalka­n rasuah),”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia