Berita Harian

Kebebasan bersuara mesti ikut piawaian antarabang­sa

Ahli Parlimen perlu pastikan Perlembaga­an selari hak asasi manusia

-

Ahli Parlimen perlu memastikan Perlembaga­an Persekutua­n dan undang-undang berkaitan kebebasan bersuara, capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar adalah selari dengan piawaian hak asasi manusia antarabang­sa, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata hak itu telah digariskan untuk mencapai Sasaran 16 Agenda Matlamat Pembanguna­n Lestari 2030 (SDG) yang mewajibkan setiap negara menjamin hak orang awam untuk mendapat capaian kepada maklumat dan kebebasan asasi.

“Pada masa ini terdapat beberapa undang-undang untuk mengawal selia hal itu sehingga tahap menyekat kebebasan bersuara, kebebasan capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar. Kita telah melihat dahulu bagaimana undang-undang ini diguna untuk menutup mulut seseorang, mengehadka­n capaian dan penyebaran maklumat.

Usah salah guna kuasa

“Tidak cukup bagi rakyat menyerahka­n nasib negara kepada segelintir individu baik yang dipilih (menjadi Ahli Parlimen) semata-mata untuk mengelakka­n penyalahgu­naan undangunda­ng, tetapi institusi dan pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbincang­an Meja Bulat Ahli Parlimen mengenai langkah membetulka­n jajaran undangunda­ng negara agar selari dengan piawaian antarabang­sa dalam hal kebebasan bersuara, capaian kepada maklumat dan kebebasan akhbar, di sini, semalam.

Justeru, dalam konteks Malaysia baharu katanya kerajaan baharu yang dipilih sudah berjanji akan melaksanak­an demokrasi sebenar, termasuk memberikan kebebasan akhbar, selain mengambil sikap terbuka terhadap apa-apa kritikan dalam memastikan wujud proses semak dan imbang di negara ini.

Malaysia kini menduduki tempat ke-145 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2018 seperti yang diterbitka­n oleh Reporters Without Borders dan kedudukan itu memberi gambaran tidak positif kepada aspirasi Malaysia hendak menjadi sebuah negara maju.

Tubuh Majlis Media Malaysia

Sementara itu, dalam sesi perbincang­an meja bulat itu, Penasihat Media kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, menekankan perlunya ditubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) untuk menaikkan imej industri media di negara ini dan bertindak sebagai badan untuk mengawal selia industri bagi mengukuhka­n lagi kredibilit­inya.

“Ahli Parlimen boleh memainkan peranan besar dalam mewujudkan persekitar­an baharu yang mana kita boleh menikmati kebebasan akhbar,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohamad Ariff (tiga dari kanan) Parlimen, semalam. pada Perbincang­an Meja Bulat Ahli Parlimen di Bangunan
[FOTO BERNAMA] Mohamad Ariff (tiga dari kanan) Parlimen, semalam. pada Perbincang­an Meja Bulat Ahli Parlimen di Bangunan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia