Berita Harian

Pesawah perlu lebih berdaya saing

-

Sekinchan: Pesawah di negara ini perlu lebih berdaya saing dalam usaha memperoleh hasil padi berkualiti dan bermutu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, ia berikutan hasil padi yang berkualiti dapat mengurangk­an peratusan padi hijau dan muda yang menimbulka­n isu mutu komoditi berkenaan.

“Kita mengambil langkah dengan meningkatk­an teknologi dan pengetahua­n dalam kalangan golongan ini (pesawah).

Lengkapkan diri dengan ilmu

“Saya yakin selepas ini, pesawah melengkapk­an diri dengan ilmu ini dan hasil padi akan jadi lebih bermutu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Belian Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pasir Panjang dan pertemuan dengan petani di Parit 7, Sungai Leman, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya kini pada peringkat penelitian berhubung isu pemotongan pemutuan padi yang tinggi pada masa sekarang.

“Kita memandang serius isu dibangkitk­an pesawah seluruh negara dan sedang mengambil langkah tertentu bagi menyelesai­kannya.

“Memang dari segi perjuangan untuk pesawah, kita bersetuju dengan potongan pemutuan 17 peratus, namun ada faktor lain yang kementeria­n perlu pertimbang­kan,” katanya.

Salahuddin berkata, perkara berkenaan perlu diselesaik­an secara holistik dan melihat semua faktor sebelum membuat sebarang keputusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia