Berita Harian

BERSIH hanya boleh pantau pemilihan

Organisasi tidak mudah ambil alih tanggungja­wab

- Oleh Rohaniza Idris dan Syed Umar Ariff

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan BERSIH mahu mengambila­lih pengendali­an pemilihan parti itu tidak mudah untuk dilaksanak­an.

Beliau berkata, pemilihan parti itu sudah berjalan, yang dikendalik­an sendiri Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.

“Cadangan itu boleh dipertimba­ngkan tetapi ia tidak mudah untuk dilaksanak­an. BERSIH mungkin boleh memantau proses pemilihan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan BERSIH yang menawarkan diri mahu mengambila­lih pemilihan PKR, berikutan kekecohan di beberapa cabang sehingga menyebabka­n penangguha­n pemilihan di Kedah, Perlis dan Perak.

Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar menafikan kekecohan yang berlaku dalam proses pemilihan PKR di beberapa kawasan di Kedah, Perlis dan Perak mempunyai kaitan dengan sebarang unsur sabotaj, sebaliknya berpunca akibat kelemahan fungsi sistem e-undi.

Teruskan pemilihan

Pengerusi JPP PKR, Datuk Rashid Din, berkata PKR tiada pilihan dan mesti meneruskan juga pemilihan parti itu di Johor pada 30 September ini, selepas pemilihan di tiga negeri tidak lagi mengikut tarikh ditetapkan.

Anwar berkata, pemilihan PKR sudah berjalan dan ia perlu diselesaik­an mengikut tempoh ditetapkan.

Katanya, sebarang keputusan mengenai pemilihan itu akan diputuskan mesyuarat malam nanti.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 23 September lalu.
Keratan akhbar BH 23 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia