Berita Harian

Selangor tak letak calon Presiden, sokong penuh Anwar: Amirudin

-

Shah Alam: PKR Selangor tidak meletakkan calon bertanding bagi jawatan Presiden parti, tanda sokongan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata pada masa sama, beliau secara peribadi mahupun menerusi organisasi sudah menyatakan sokongan kepada Anwar.

Selangor tak letak calon

“Apabila pencalonan parti meletakkan bahawa tiada cabaran dan tiada satu calon dari Selangor, itu sudah membuktika­n sokongan penuh kita (PKR Selangor) kepada Anwar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Malaysian Smart Factory (MSF) 4.0 di Selangor Human Resource Developmen­t Centre (SHRDC), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mendakwa hanya PKR Selangor yang belum mengeluark­an surat sokongan untuk menyokong Anwar bagi jawatan presiden parti itu.

Amirudin yang juga calon Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, PKR Selangor juga pernah mengalu-alukan Anwar untuk menjadi Presiden PKR.

Katanya, fakta itu mungkin tidak ditemui Rafizi ketika berkata demikian.

“Pada 2013, saya sendiri sudah keluarkan kenyataan supaya Anwar menjadi Presiden PKR di Dewan Raja Muda Musa, dalam satu kongres khas di situ.

“Mungkin Rafizi tak catat masa dan waktu tetapi saya dah catatkan. Kesimpulan­nya, Rafizi kena ‘check’ (semak) dan belajar sejarah,” katanya.

Sabtu lalu, Rafizi dilaporkan berkata, PKR Selangor belum mengeluark­an kenyataan sokongan kepada Anwar sebagai Presiden PKR, sedangkan PKR di negeri lain sudah berbuat demikian, termasuk Terengganu, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutua­n.

Rafizi kena ‘check’ (semak) dan belajar sejarah” Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

 ?? [FOTO FALIQ LAJIM /BH] ?? Amirudin mencuba peralatan realiti maya pada Majlis Perasmian Malaysian Smart Factory 4.0 di Shah Alam, semalam.
[FOTO FALIQ LAJIM /BH] Amirudin mencuba peralatan realiti maya pada Majlis Perasmian Malaysian Smart Factory 4.0 di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia