Berita Harian

Calon Bebas anggap Langkah PD tak demokratik

-

Kuala Lumpur: Pilihan raya dipaksa seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson (PD) yang diadakan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen tidak selari dengan prinsip dan proses pemilihan demokratik.

Atas alasan itu, calon bebas PRK Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong menegaskan, Langkah PD harus ditentang kerana ia dilaksanak­an hanya untuk memenuhi cita-cita dan impian individu.

“Kita harus menolak wakil rakyat yang memperolok-olokkan tanggungja­wab diamanahka­n menerusi undi kita.

“Jika langkah sebegini diterima, maka suatu hari nanti kita mungkin hanya bakal mengundi untuk proksi yang tidak membawa sebarang pendirian sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Keng Leong berkata, masa yang dipilih untuk Langkah PD juga tidak sesuai kerana tiga PRK baru sahaja dijalankan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, rakyat mahu melihat wakil rakyat bekerja keras menyelesai­kan masalah dan mempercepa­tkan agenda reformasi Pakatan Harapan (PH).

Ganggu selesai isu utama negara

“Langkah PD ini hanya mengganggu fokus kepemimpin­an dari menyelesai­kan isu utama negara.

“Saya percaya jika Datuk Seri Anwar kembali ke Parlimen, agenda politik akan berterusan dari pertelingk­ahan dalaman PKR sehinggala­h perbincang­an kerjasama antara parti, sehingga membantutk­an agenda perubahan yang kita nantikan,” katanya.

Beliau berkata, jika rakyat menerima alasan Langkah PD ini perlu dan terdesak, kerusi yang harus dikosongka­n adalah sama ada kerusi Parlimen Pandan yang disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, atau anak pasangan itu, Nurul Izzah (Permatang Pauh).

Lebih merisaukan, katanya, kehadiran suami, isteri dan anak dalam posisi berkuasa di Parlimen dan parti boleh membawa kepada tuduhan nepotisme, berat sebelah serta pemusatan kuasa yang tidak boleh dibendung.

Keng Leong berkata, hakikatnya adalah PRK yang dipaksa, pilihan masa dan kerusi, malah kenyataan dari kepimpinan selepas pengumuman PRK Port Dickson memberi petanda kepimpinan yang semakin tidak peka dengan sentimen Rakyat.

Katanya, ditambah pula dengan keengganan mana-mana parti pembangkan­g untuk melawan, menaikkan risiko penghapusa­n nilai dan harapan yang diundi majoriti rakyat.

“Datuk Seri Anwar bukan musuh saya. PKR bukan musuh saya. PH juga bukan musuh saya. Musuh saya selama ini adalah kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang angkuh dan korup.

“Sekarang, musuh saya adalah tindakan politik angkuh dan sombong, diwakili oleh Langkah PD, yang jika tidak dihalang akan membawa kita ke arah BN 2.0,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia