Berita Harian

Saifuddin digesa selesai kemelut

-

Butterwort­h: Calon Ketua Angkatan Muda (AMK), Dr Afif Bahardin meminta Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) dan Pejabat Setiausaha Agung yang berada di bawah pengendali­an Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertanggun­gjawab dengan bertindak segera menyelesai­kan kemelut pemilihan parti itu.

Afif berkata tindakan itu untuk mengembali­kan integriti dan imej parti yang sudah tercalar berikutan kekecohan dalam pemilihann­ya.

Katanya Saifuddin Nasution perlu mengambil peranan sebagai Setiausaha Agung dengan lebih proaktif untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik berhubung kekecohan yang berlaku dalam memberi keyakinan dan jaminan kepada ahli akar umbi terhadap parti.

“Kami ahli akar umbi tidak menyalahka­n beliau tetapi hanya mempertika­ikan keseluruha­n proses yang mana beliau kena ambil peranan lebih proaktif dan juga perlu tahu bahawa sistem ini tidak mampu memberi keyakinan dan jaminan kepada anggota di bawah.

Sistem tiada integriti

“Sistem ini didapati tidak mempunyai integriti yang akhirnya apa jua keputusan tidak dapat diterima kerana ahli berasakan ada kepincanga­n yang akhirnya sedikit sebanyak mencemarka­n dan menyebabka­n imej parti tercalar,” katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Saifuddin Nasution yang meminta ahli PKR tidak menyalahka­n dirinya berhubung kekecohan yang berlaku pada pemilihan itu.

Sebelum itu, Afif yang juga EXCO Pertanian, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang ditemui ketika meninjau persiapan Festival Seberang Perai di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, semalam.

“Kenyataan saya yang lalu bukan saya salahkan individu semata-mata tetapi apa yang saya sebut adalah Pejabat Setiausaha Agung yang bertindak sebagai pihak pengurusan pemilihan perlu bertanggun­gjawab kerana walaupun ia adalah keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) namun pelaksana dasar itu dibuat oleh pihak Pejabat Setiausaha Agung.

Sementara itu, di Shah Alam, calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata peluang penyandang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mempertaha­nkan jawatanya dilihat cerah.

Katanya, aspirasi yang dibawa Mohamed Azmin bersama pemimpin lain adalah bagi memperbaik­i dan memantapka­n parti menjadi lebih disegani oleh parti lawan.

“Saya rasa ramai ahli berkongsi aspirasi dengan kami (kem Mohamed Azmin) dan yakin boleh memenangi semua kawasan yang dipertandi­ngkan dalam pemilihan ini.

“Saya rasa keputusan awal ini (Mohamed Azmin mendahului Rafizi di Pulau Pinang) akan menjadi keputusan akhir bagi pemilihan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Bicara Minda 'Rumah: Apa Jaminan Untuk Rakyat?’ di Dewan Karangkraf Seksyen 15, di sini.

Zuraida berkata beliau tidak menolak kekalahan Mohamed Azmin di Permatang Pauh itu berikutan pengaruh Ahli Parlimen kawasan itu, iaitu Nurul Izzah Anwar yang berada di bawah Kem Rafizi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia