Berita Harian

BN enggan bazir wang rakyat, bukan takut kalah

-

Kuala Lumpur: Keputusan Barisan Nasional (BN) memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bukan kerana bimbangkan kekalahan tetapi lebih kepada enggan membazir wang rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata adalah lebih baik bagi parti komponen terutama parti orang Melayu itu mengutamak­an soal memperkuku­hkan parti dalam usaha meraih semula keyakinan ahli dan rakyat.

Katanya, apa yang diputuskan bersama rakan komponen BN adalah tindakan wajar dan tepat.

“BN bukan takut kalah atau ingin memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Situasi itu tidak berbangkit, malah kita menghormat­i dan menyanjung amalan demokrasi di negara ini.

“Bagaimanap­un, sengaja mengadakan pilihan raya atas sebab mahu memenuhi cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sama sekali.

“PRK ini akan membabitka­n penggunaan wang rakyat dan pastinya menjadi pembaziran, lebih baik ia digunakan untuk tujuan lain terutama menjaga kebajikan rakyat.

“Justeru, keputusan BN tidak mengambil bahagian dalam PRK Port Dickson adalah wajar dan tepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Usaha tingkat keyakinan

Shamsul Anuar berkata, apa yang lebih penting kini adalah usaha meningkatk­an keyakinan pemimpin dan ahli parti di seluruh negara selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Katanya, usaha itu lebih penting berbanding meletakkan calon di PRK Port Dickson.

Di Seremban, UMNO Bahagian Port Dickson akur dengan keputusan pimpinan BN memboikot PRK Parlimen Port Dickson.

Ketuanya, Mohd Faizal Ramli, berkata walaupun agak kecewa kerana tindakan itu seakan memberi laluan mudah kepada Anwar, mereka yakin ia adalah yang terbaik.

“Kalau boleh memang kami mahu BN bertanding dengan meletakkan calon yang setanding dengan Anwar di kerusi itu tetapi pimpinan sudah membuat keputusan dan kami tidak mempertika­ikannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Faizal yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang berkata, kebanyakan ahli UMNO bahagian berhasrat untuk tidak turun mengundi pada 13 Oktober ini kerana enggan terbabit dalam usaha peralihan kuasa menggunaka­n cara berkenaan.

 ??  ?? Shamsul Anuar Nasarah
Shamsul Anuar Nasarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia