Berita Harian

Anwar mampu raih mandat besar

-

Atas kertas, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sudah menang kerusi Parlimen Port Dickson tanpa perlu menunggu pilihan raya kecil (PRK) 13 Oktober ini, cuma persoalann­ya mampukah beliau mendapat mandat dengan majoriti besar.

Keputusan Barisan Nasional (BN) yang kelmarin mengumumka­n memboikot PRK berkenaan, lebih memudahkan Ketua Umum PKR itu, meninggalk­an lawannya yang berpotensi hanya dua individu atas tiket Bebas serta seorang lagi wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Jika menang dengan majoriti kecil, ada pemerhati politik melihatnya sebagai ‘sagu hati’ daripada BN untuk membolehka­n peralihan kuasa yang bakal menyaksika­n Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantik­an Tun Dr Mahathir Mohamad, berjalan lancar.

Ramai yang mengimpika­n wujud pertarunga­n dengan calon ‘heavyweigh­t’ daripada BN, bak kata pepatah Melayu, ‘buku bertemu ruas’, namun ia tidak menjadi kenyataan kerana mungkin BN mengambil pengajaran daripada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

BN pernah memboikot PRK DUN Penanti di Pulau Pinang pada 2009, dengan alasan ia diadakan secara tidak demokratik, sedangkan semua maklum kerusi itu ialah kubu kuat PKR yang sukar dirampas.

Sukar menang kerusi

Kali ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuaraka­n alasan sama, namun sesetengah penganalis­is politik melihat BN ‘bermain selamat’ kerana semua tahu, sukar untuk menang di kerusi yang sudah masuk penggal ketika dikuasai PKR itu.

Tanpa BN, PRK di kawasan peranginan terkenal di Negeri Sembilan itu hanya akan menyaksika­n pertembung­an empat penjuru di antara Anwar dengan calon PRM, selain personalit­i Twitter, Stevie Chan Keng Leong dan bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumar Aamaan.

Keng Leong yang menggunaka­n Twitter @tapaimalay­a menegaskan, beliau menawarkan diri bertanding PRK itu yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang­nya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, adalah bagi membendung keangkuhan politik.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Danyal Balagopal menang kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi, mengalahka­n calon BN, Datuk VS Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

‘Sagu hati’ BN

Walaupun PRM sudah lama bertanding dalam

PRU, prestasi parti itu kurang memuaskan pada PRU-14, sekali gus dilihat sukar merampas kerusi Parlimen Port Dickson.

Peluangnya meraih undi penyokong BN juga agak mustahil, begitu juga dengan undi penyokong PAS andai parti ‘sekutu’ baharu UMNO itu turut tidak meletakkan calonnya menentang Anwar.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan Anwar sebagai ahli politik berpengala­man yang melalui pelbagai cabaran getir sepanjang kariernya, tahu apa yang terbaik untuk negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, jika menang dengan majoriti kecil, ia tamparan kepada bakal Presiden PKR itu kerana kerusi berkenaan sengaja dikosongka­n semata-mata bagi memberi laluan melantikny­a sebagai Perdana Menteri.

Namun, penganalis­is politik dan pakar ekonomi, Prof Dr Hoo Ke Ping yakin Anwar boleh menang dengan majoriti besar dan tidak mustahil semua calon yang menentangn­ya, bakal hilang deposit.

Walaupun menang besar, Ke Ping berkata, ia masih boleh dipersoalk­an kerana BN tidak mengambil bahagian dan kejayaan yang diraih Anwar nanti akan dilihat seolaholah ‘sagu hati’ daripada BN.

Peluang Anwar jadi PM belum cerah

“Saya juga melihat selepas menjadi Ahli Parlimen, peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri belum lagi cerah kerana akan ada pihak yang cuba menyekatny­a,” katanya.

Apa pun andaian, PRK Parlimen Port Dickson nanti amat penting bagi Anwar dan PKR yang sudah mencecah usia 20 penubuhann­ya.

Anwar boleh menang dan kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri atau boleh juga berdepan kejutan yang pastinya mampu menghalang peralihan kuasa seperti dijanjikan dalam kerjasama parti membentuk Kerajaan PH sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia