Berita Harian

Prestasi kerja baik hapus stigma negatif majikan

-

Putrajaya: Wajahnya kelihatan cemas setiap kali diajukan soalan mengenai penyakit skizofreni­a yang dihidapiny­a sejak berusia 12 tahun.

Ketika ditemui, anak mata gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 27, bergerak gerak ke kiri dan kanan sebelum menjawab dengan suara perlahan seakan berbisik sehingga hampir tidak didengari.

Anak sulung daripada dua beradik itu ternyata sukar mengingati apa yang terjadi, tetapi menurutnya, penyakit itu mula dikesan apabila dia dilihat bercakap dan ketawa sendirian.

“Rasanya seperti ada orang bercakap dengan saya, macam-macam dicakapkan, dia bercerita dan buat lawak sehingga saya ketawa,” katanya yang bekerja sebagai pemotong buah di sebuah medan selera, di Putrajaya.

Sebelum bekerja, Siti hanya tinggal di rumah selepas tidak dapat meneruskan pembelajar­an di sekolah akibat skizofreni­a dihadapiny­a yang sukar dirawat kerana tidak serasi dengan pelbagai ubat diberikan sehingga akhirnya ubat bersesuaia­n diambil.

Dia mula bekerja dua tahun lalu di bawah program diperkenal­kan Pusat Mental dan Psikiatri (MENTARI) Kementeria­n Kesihatan selepas menjalani latihan bekerja di pusat berkenaan.

Pekerja berdisipli­n

Ketika ditemui, Siti sedang memotong buah-buahan di dapur untuk dijadikan jus sambil dipantau pengurus cawangan medan selera berkenaan, Sulaiman M Idris dan penyelia minuman, Nor Raffi Abdul Karim.

Nor Raffi berkata, Siti seorang yang berdisipli­n, tidak pernah datang lewat sebaliknya 15 minit lebih awal sebelum waktu bekerja.

“Awalnya kami perlu ingatkan dia apa yang harus dilakukan, tetapi lama kelamaan dia mula ingat selepas mencatat nota. Siti bekerja empat jam sehari dan sering balik lewat kerana perlu diingatkan masa untuk balik,” katanya.

Sementara itu, majikan yang ditemui, mengakui pada awalnya agak sukar menerima pesakit mental bekerja, namun lama kelamaan stigma ke atas golongan itu terhakis apabila mereka menunjukka­n prestasi kerja yang baik.

Pengurus Kanan Wesria Food Sdn Bhd, Mohd Haidar Mohd Salleh, berkata pihaknya yakin mengambil pekerja dalam kalangan pesakit mental kerana yakin mereka sudah menjalani rawatan sewajarnya dan diberi latihan pekerjaan.

“Kita beri kerja ikut kemampuan mereka, tidak letakkan terus di bahagian hadapan yang memerlukan mereka berinterak­si dengan orang ramai,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] ?? Siti memotong buah-buahan sambil diperhatik­an Nor Raffi di medan selera tempatnya bekerja di Putrajaya.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN /BH] Siti memotong buah-buahan sambil diperhatik­an Nor Raffi di medan selera tempatnya bekerja di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia