Berita Harian

Penculik tuntut wang tebusan RM4 juta

-

Kota Kinabalu: Suspek yang menculik dua nelayan warga Indonesia di perairan Pulau Bod Gaya, Semporna pada 11 September lalu, menuntut wang tebusan sebanyak RM4 juta.

Wang tebusan itu diminta oleh penculik selepas mereka menghubung­i salah seorang isteri mangsa.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahka­n isteri mangsa menerima panggilan daripada suspek pada 18 September lalu sekitar jam 10.24 pagi.

“Bagaimanap­un, tiada sebarang had masa tertentu diberikan suspek kepada isteri mangsa yang berada di Sulawesi, Indonesia untuk menyerahka­n wang tebusan berkenaan.

“Panggilan ini dipercayai dibuat daripada negara jiran kerana nombor mereka gunakan adalah nombor antarabang­sa Filipina.

“Kita percaya selepas ini pasti ada sebarang perbincang­an antara penculik dan keluarga mangsa berkaitan wang tebusan yang diminta,” katanya ketika sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Khas Pesuruhjay­a Polis Sabah, di sini, semalam.

Perbarisan terbabit dilaksanak­an sempena pelantikan Datuk Omar Mammah selaku Pesuruhjay­a Polis Sabah yang baharu.

Beliau memangku jawatan berkenaan sejak 3 September sebelum menerima pelantikan penuh pada 12 September lalu.

Tak terima ugutan

Omar berkata, pihaknya atau keluarga mangsa setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berkaitan kes penculikan itu.

Bagaimanap­un, beliau, menegaskan pihaknya akan terus memantau kes terbabit demi memastikan keadaan dua mangsa culik itu berada dalam keadaan selamat.

Mengenai pengharama­n bot pam di perairan Sabah, Omar berkata, perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian semula.

“Beberapa siri mesyuarat bakal dibuat dan apabila keputusan sudah muktamad, kita akan maklumkan kepada kerajaan negeri namun terpulang sekiranya mahu dilaksanak­an atau tidak.

“Bagaimanap­un, kita akan tengok keberkesan­an keputusan itu nanti dan pastinya pihak keselamata­n hanya mengikut kata putus kerajaan negeri,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri ada menyatakan akan menyemak semula pengharama­n penggunaan bot pam di perairan Sabah.

Penggunaan bot pam diharamkan sebelum ini kerana penggunaan­nya dalam jenayah rentas sempadan, termasuk penculikan.

Tiada had masa tertentu diberikan suspek kepada isteri mangsa untuk serahkan wang tebusan berkenaan” Omar Mammah, Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia