Berita Harian

Rafizi diarah bela diri

Pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap Naib Presiden PKR

- Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Mahkamah Majistret di sini, semalam, mengarahka­n Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli untuk membela diri atas pertuduhan menyiarkan artikel mengandung­i tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lalu.

Majistret Umzarul An-nur Umar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap Mohd Rafizi, 41, pada akhir kes pendakwaan.

Mohd Rafizi didakwa menyiarkan artikel bertajuk Analisa Kewangan Tabung Haji 20092015 dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Februari 2016, mengandung­i tohmahan terhadap TH yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Penjara maksimum dua tahun

Mohd Rafizi yang diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustpha didakwa melakukan perbuatan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak, di sini, pada jam 9 pagi 18 Februari 2016.

Pertuduhan terhadapny­a adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan tiga hari bermula 27 November depan untuk perbicaraa­n peringkat bela diri.

Sebelum ini, pihak pendakwaan yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek dan Nadia Zulkefli, memanggil tiga saksi pada perbicaraa­n peringkat pendakwaan bermula 22 Ogos tahun lalu.

Sementara itu, Nik Zarith memaklumka­n bahawa anak guamnya memilih memberi keterangan secara bersumpah dan dijangka memanggil tiga saksi pembelaan pada prosiding perbicaraa­n kes berkenaan.

 ??  ?? Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia