Berita Harian

Kes cabar fatwa terhadap SIS kembali ke Mahkamah Tinggi

-

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n semalam memerintah­kan kes semakan kehakiman oleh Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) bagi mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor yang mengisytih­arkannya sesat dan menyelewen­g daripada ajaran Islam, didengar di Mahkamah Tinggi.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, memerintah­kan kes itu didengar melalui merit, termasuk persoalan berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Malanjum dalam keputusann­ya berkata, kedua-dua belah pihak boleh mengemukak­an hujahan berhubung isu bidang kuasa yang boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, cara berkenaan dapat menjimatka­n banyak masa.

Semua pihak kemudian berbincang dan menandatan­gani perintah persetujua­n, antara lain mereka bersetuju bahawa permohonan semakan kehakiman itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi bagi diputuskan berdasarka­n merit.

Selain itu, mereka bersetuju bahawa perayu, iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jawatankua­sa Fatwa Selangor dan kerajaan Selangor, bebas membangkit­kan sebarang isu, termasuk isu bahawa Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa mendengar permohonan semakan kehakiman berdasarka­n peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Seterusnya, mereka bersetuju bahawa pertikaian mengenai isu bidang kuasa akan didengar bersama-sama merit kes dalam semakan kehakiman itu.

Isu dikemuka semua pihak

Selain itu, Mahkamah Tinggi diarah memutuskan berhubung isu yang dikemukaka­n semua pihak apabila membuat keputusan dalam permohonan semakan berkenaan.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 2 Mac tahun lalu yang membenarka­n permohonan SIS Forum (Malaysia) untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman, dengan itu diketepika­n.

Kes itu ditetapkan bagi pengurusan di Mahkamah Tinggi pada 2 Oktober ini.

Yang turut bersidang pada prosiding semalam ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim; dan Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Azahar Mohamed, Tan Sri Aziah Ali, Datuk Rohana Yusuf serta Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Mahkamah sivil tiada bidang kuasa

Pada 24 Jun 2016, Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS Forum (Malaysia), pengasasny­a Zainah Mahfoozah Anwar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor bahawa ia pertubuhan menyelewen­g.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas mendapati mahkamah sivil tiada bidang kuasa membuat keputusan mengenai isu berkaitan fatwa.

Pada 31 Oktober 2014, SIS Forum (Malaysia) memfailkan permohonan kebenaran itu bagi memohon perintah untuk membatalka­n keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan organisasi itu dan mana-mana individu serta pertubuhan atau institusi yang berpegang pada fahaman liberalism­e dan pluralisme agama adalah sesat dan menyelewen­g daripada ajaran Islam.

SIS Forum (Malaysia) diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, manakala peguam Datuk Sulaiman Abdullah bertindak bagi pihak Jawatankua­sa Fatwa Selangor dan Yusfarizal Yussoff untuk MAIS; serta Penasihat Undang-undang Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia