Berita Harian

Syed Hamid ahli BERSATU sebelum PRU-14

-

Kuala Lumpur: Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahka­n beliau sudah menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum Pilihan Raya Umum-ke-14 (PRU-14) lagi.

Beliau berkata, selepas mengumumka­n keluar UMNO pada 29 Jun lalu, beliau menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Selepas mengemukak­an permohonan, saya bertemu Pengerusi BERSATU dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru,” katanya ketika ditemui sebelum sidang media Jawatankua­sa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaa­n berhubung Myanmar dan Rohingya, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Penasihat Jawatankua­sa Khas Malaysia Mengenai Kemanusiaa­n, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Eksekutif Pusat Rohingya ASEAN(ARC), Dr Helmi Ibrahim.

Turut dipelawa sertai AMANAH

“Saya fikir saya sudah lama jadi ahli BERSATU dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pemilih BERSATU Pusat. Jawatankua­sa ini memudahkan kerja bila ada pemilihan dalaman parti,” katanya ketika ditanya, sama ada beliau sudah menerima kad keahlianny­a.

Syed Hamid juga mendedahka­n beliau turut dipelawa menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) ketika menghadiri sambutan Ulang Tahun Ketiga AMANAH, tetapi tidak membuat sebarang keputusan.

Diminta mengulas mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan, Syed Hamid, berkata perkara itu sudah diputuskan melalui perjanjian antara kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH).

Ditanya mengenai PRK Port Dickson, beliau Syed Hamid berkata, UMNO mengambil langkah tepat tidak bertanding, namun tidak bersetuju penggunaan istilah ‘boikot’.

“Tak tepat guna perkataan boikot. Boikot adalah sesuatu tindakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak sah.

“Ini bukan tak sah, ini proses demokrasi dijalankan dan UMNO seperti dikatakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, tidak bersedia dan tiada motivasi nak bertanding,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia