Berita Harian

Syor UMNO Sabah mahu kuasa autonomi diteliti

Keputusan rasmi pada perhimpuna­n agung: Zahid

- Oleh Fardy Bungga

Cadangan UMNO Sabah untuk diberikan kuasa autonomi akan diperincik­an sebuah jawatankua­sa khas yang akan dibentuk sebelum keputusan dibuat, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu perlu dibawa ke Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) UMNO untuk dimasukkan dalam Perlembaga­an baharu.

“Hari ini secara rasmi kita menerima memorandum (dari UMNO Sabah) untuk diberikan autonomi. Pada dasarnya saya akan nyatakan nanti dalam Ucapan Dasar Presiden (Perhimpuna­n Agung UMNO) nanti.

Pinda Perlembaga­an

“Kita akan mengumumka­n sesuatu yang penting untuk UMNO Sabah supaya permohonan mereka diberi ‘endorsemen­t’ (pengesahan) oleh Majlis Tertinggi (MT).

“Kita perlu formalise dengan mengadakan EGM dan kita akan masukkan dalam pindaan Perlembaga­an yang baharu dan kita akan meletakkan semua permintaan itu dalam Perlembaga­an baharu ini, dan kita akan perincikan supaya ada legality bagi permohonan itu dimasukkan dalam Perlembaga­an kita,” katanya kepada media selepas pertemuan tertutup dengan Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Badan Perhubunga­n UMNO Sabah semalam menyerahka­n memorandum kepada Ahmad Zahid memohon diberikan kuasa autonomi, antara lain memberi kuasa mutlak kepada UMNO Sabah membuat keputusan mengenai pimpinan negeri termasuk memilih parti gabungan di negeri ini.

Pakatan baharu GBS

Ditanya sama ada memorandum itu, termasuk permohonan menyertai pakatan baharu, iaitu Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Ahmad Zahid berkata:

“Itu kita telah teliti, saya akan nyatakan secara rasmi di dalam perhimpuna­n agung nanti.

“Tetapi UMNO akan kekal di Sabah. (Walaupun) pakatan baharu itu dijangka berlaku bila kita endorse pada peringkat nasional, UMNO Sabah masih lagi kekal cuma autonomi diberi kepada mereka,” katanya.

Sebelum ini, Hajiji mengesahka­n UMNO akan menyertai blok pembangkan­g baharu GBS – yang turut disertai Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) - yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Hajiji dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat memandangk­an Barisan Nasional (BN) negeri kehilangan parti komponenny­a selepas beberapa parti tempatan mengumumka­n keluar daripada gabungan itu.

Beliau berkata, tiada manamana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan meninggalk­an parti sebaliknya UMNO akan menyertai GBS sebagai salah satu komponen di dalamnya.

Kita perlu formalise dengan mengadakan EGM dan kita akan masukkan dalam pindaan Perlembaga­an yang baharu” Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO

 ??  ?? Hajiji menyerahka­n memorandum autonomi kepada Ahmad Zahid di Bangunan UMNO Sabah, semalam.
Hajiji menyerahka­n memorandum autonomi kepada Ahmad Zahid di Bangunan UMNO Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia