Berita Harian

Pemimpin keluar parti jadi ‘kera sumbang’

-

Shah Alam: Pemimpin UMNO yang keluar parti akan menjadi ‘kera sumbang’ dan tidak akan mendapat tempat dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi Veteran UMNO Selangor, Datuk Ahmad Bahri, mendakwa beberapa pemimpin UMNO yang meninggalk­an parti mengharapk­an akan mendapat jawatan apabila menyokong kerajaan baharu, namun hakikatnya kehadiran mereka dipandang sepi oleh majoriti pemimpin dalam PH.

“Kedatangan bekas pemimpin UMNO ke BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) atau mana-mana parti dalam PH tidak diundang. Bagi PH, kehadiran bekas pemimpin UMNO ini tidak membawa sebarang kesan kepada mereka. Begitu juga dengan UMNO, kita tidak perlu menangisi pemergian mereka.

“Saya yakin pemimpin yang keluar UMNO selepas tidak lagi menjadi kerajaan pada PRU-14 akan menyesal dengan tindakan mereka dan kembali kepada perjuangan UMNO,” katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Tak perlu beri alasan

Ahmad Bahri berkata, pemimpin yang meninggalk­an UMNO memberikan pelbagai alasan untuk ‘menghalalk­an’ tindakan dilakukan, sedangkan selama ini mereka mengaut pelbagai kemudahan diberikan kerajaan terdahulu.

“Tidak perlulah beri alasan. Selama ini mereka berada di atas, adalah atas dokongan serta sokongan ahli UMNO.

“Apabila UMNO diasak hebat dari segenap sudut, pemimpin yang sepatutnya mempertaha­nkan institusi ini mengambil jalan mudah, lari dari medan,” katanya.

UMNO kini berdepan tamparan hebat susulan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman selain Tan Sri Syed Hamid Albar dan terbaru, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mengumumka­n keluar UMNO; begitu juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia