Berita Harian

MEDIA PRIMA DIGITAL

Meterai perjanjian bersama dengan syarikat AS

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Media Prima Digital menerusi anak syarikat milik penuhnya, Rev Asia Holdings Sdn Bhd (Rev Asia), memeterai perjanjian bersama syarikat media digital berpusat di Amerika Syarikat (AS), Ziff Davis LLC, untuk mengendali­kan operasi Mashable Asia Tenggara untuk audien di Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Mashable, jenama di bawah Ziff Davis sejak 2017, adalah media global dan jenama hiburan berbilang platform yang mencecah 70 juta pelayar kandungan unik bulanan di seluruh dunia, termasuk pengikut media sosial seramai 28 juta orang.

Bermula pada 2005 sebagai blog teknologi, ia kini menjadi sumber rujukan untuk kandungan teknologi, digital dan hiburan.

Di bawah perjanjian bersama Rev Asia, Mashable Southeast Asia akan mengurus dan menjadikan ciri-ciri tempatan kandungan terbaik global Mashable, di samping menambah kandungan asli yang dihasilkan khusus untuk rantau ini.

Pengiklan yang telah komited menjadi rakan rasmi kepada laman Mashable baharu di Malaysia termasukla­h Digi Telecommun­ications.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali, berkata syarikat teruja untuk bekerjasam­a dengan jenama terkenal di dunia seperti Mashable yang baru menyertai keluarga Rev Asia.

“Kami percaya ia bersinergi memperluas­kan portfolio digital dengan berkesan. Rev Asia, salah satu syarikat penerbitan digital terbesar di Asia Tenggara, juga perintis dalam penyediaan kandungan tajaan kepada pengiklan, manakala Mashable adalah jenama yang sangat dikenali dan dipercayai dengan pengikut digital yang luas di seluruh dunia.

“Kerjasama ini akan mempercepa­tkan pertumbuha­n hasil digital kami dalam pasaran utama lain di Asia Tenggara; pengembang­an ini akan menjadi salah satu strategi utama kami untuk terus maju di peringkat antarabang­sa merentasi rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Rev Asia, Tze Khay Voon, berkata: "Kami amat berbangga dapat memete- rai perjanjian perkongsia­n merentasi rantau dengan salah sebuah jenama kandungan teknologi, digital dan hiburan dalam talian yang pesat berkembang di dunia.

“Didorong oleh peningkata­n audien digital yang pesat di rantau ini, kami percaya penambahan Mashable ke dalam portfolio jenama dalam talian yang sedia ada akan membolehka­n kami menguasai dan memanfaatk­an pertumbuha­n berterusan pengiklana­n digital dan kandungan tajaan di rantau ini.

“Sementara itu, laman ini akan terus membawa kandungan berprestij antarabang­sa dan kami komited untuk menyampaik­an kandungan terkini, releven kepada berita tempatan dalam kemajuan yang berlaku di rantau ini, melalui cara penulisan serta nada yang diminati oleh pembaca Mashable.”

Dalam pada itu, Adam Doree, bagi pihak Ziff Davis, berkata: “Sebagai permulaan untuk pengembang­an antarabang­sa

Mashable, Ziff Davis akan bekerjasam­a dengan syarikatsy­arikat media terbaik di dunia sebagai operator rakan kongsinya - iaitu sebagai rakan niaga kumpulan sedia ada mahupun yang baharu.

“Di Asia Tenggara, kami gembira untuk bekerjasam­a dengan Rev Asia dan Media Prima Digital yang nilainya sepadan dengan visi Mashable.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia