Berita Harian

Bursa Bull Charge di ibu negara esok

-

Acara larian amal anjuran Bursa Malaysia Bursa Bull Charge akan diadakan di jalan sekitar pusat perniagaan Kuala Lumpur esok.

Memasuki edisi kelima tahun ini, Bursa Bull Charge membawa bersama peserta pasaran, rakan dan pemimpin industri untuk berlari bagi menyokong amal kebajikan.

Bursa Bull Charge meraikan ulang tahun kelimanya dengan larian lebih ekspresif dan inklusif bagi mencermink­an jalinan Bursa Malaysia bersama

Sasaran Pembanguna­n Mampan (SDGS) Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), sebagai sebahagian komitmenny­a ke arah mempromosi­kan kemampanan melangkaui pasaran modal lebih meluas.

Acara itu akan menyaksika­n integrasi unsur-unsur kemampanan yang lebih mantap ke dalam ciri-ciri utamanya, sejajar dengan sokongan Bursa Malaysia terhadap lima SDG terpilih yang dikemukaka­n oleh Inisiatif Bursa Saham Mampan yang berkaitan dengan pasaran-pasaran saham.

Lima SDG itu ialah SDG5: Kesaksamaa­n Jantina, SDG8: Pertumbuha­n Pekerjaan dan Ekonomi Yang Bagus, SDG12: Penggunaan Bertanggun­gjawab, SDG13: Tindakan Iklim dan SDG17: Perkongsia­n untuk Matlamat.

Sebagai tambahan kepada penekanan Bursa Malaysia terhadap lima matlamat itu, Bursa Bull Charge juga akan melanjutka­n sokonganny­a kepada SDG4: Pendidikan Berkualiti, dengan menyalurka­n sebahagian besar dana yang diraih kepada projek pendidikan yang memberi tumpuan kepada celik kewangan dan keusahawan­an.

Bursa Bull Charge 2018 juga turut termasuk larian para dan pelari veteran, dan menyaksika­n kemunculan semula kriteria seorang pelari wanita dalam setiap pasukan bagi memastikan keterangku­man lebih meluas.

Perincian acara itu dibina dengan penggunaan bertanggun­gjawab diutamakan, daripada penggunaan beg eko dan penggunaan semula produk kitar semula, hinggalah kepada pengurusan sisa makanan dengan menguruska­n sumbangan sisa berkenaan kepada sebuah bank makanan.

Acara neutral-karbon

Sebagai sebahagian fokus tindakan iklim, Bursa Bull Charge sekali lagi akan berusaha menjadi acara neutral-karbon, dengan mengambil langkah bermakna untuk mengurangk­an atau mengimbang­i jejak karbon, termasuk menggalakk­an peserta menggunaka­n pengangkut­an awam ke acara itu.

Sejak dimulakan pada 2014, lebih 7,000 pelari telah menyertai Bursa Bull Charge dengan lebih RM7 juta telah diagihkan kepada badan kebajikan dan penerima manfaat.

Bursa Bull Charge melalui larian lima kilometer (km) di laluan Pasaran Modal Kuala Lumpur yang melintasi ibu pejabat beberapa syarikat pasaran modal Malaysia.

Kategori larian termasuk Terbuka CEO, Veteran CEO dan Larian Para 1.5 km; Larian Cabaran Terbuka Korporat, Veteran dan Pemimpin Masa Depan 5.0 km; dan Larian Terbuka Korporat dan Veteran 3.0 km.

Bursa Malaysia mempelawa penyokong peserta Bursa Bull Charge untuk bersama-sama merasai keseronoka­n!

Datang dan sokonglah pasukan pelari organisasi anda dan menikmati aktiviti-aktiviti yang dipenuhi keseronoka­n. Sertai Bursa Bull Charge 2018!

Lawati bullcharge.bursamarke­tplace.com untuk mendapatka­n maklumat lanjut.

 ??  ?? Acara larian Bursa Bull Charge anjuran Bursa Malaysia.
Acara larian Bursa Bull Charge anjuran Bursa Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia