Berita Harian

Bursa Bull Charge: Larian tahun kelima untuk yang memerlukan

-

Konsep asal acara larian pasaran modal Kuala Lumpur yang dianjurkan Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) mendapat inspirasi daripada acara Wall Street Rat Race di New York.

Selepas menjadi rakan KL Rat Race selama 14 tahun, Bursa Malaysia mengambil langkah ke arah matlamat yang diperbahar­ui dan lebih inklusif untuk melangkaui komuniti perniagaan serta memimpin larian amal bagi tujuan yang konsisten: mempromosi­kan celik kewangan dan keusahawan­an sosial.

“Bursa Bull Charge diasaskan pada 2014, dengan aspirasi untuk menerajui larian amal bermakna yang mewakili seluruh pasaran modal. Kami mahu mewujudkan gerakan kohesif bagi menyokong matlamat konsisten yang menyumbang kepada pembanguna­n mampan keseluruha­n negara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Dengan sokongan mantap peserta pasaran modal, acara itu berkembang untuk menjadi larian amal perdana pasaran modal.

Ia satu demonstras­i fizikal keterangku­man pasaran, membawakan bersama bukan hanya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan kakitangan syarikat senaraian awam, malah broker, remisier, rakan dagangan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi kerajaan serta pengawal selia untuk berlari bersama media, eksekutif muda malah pelajar universiti, di sepanjang laluan pasaran modal Kuala Lumpur.

Larian sulung 2014 menarik 1,300 pelari, yang meningkat kepada 1,844 pada 2017. Dana diraih dalam masa empat tahun lalu melebihi RM7 juta, yang memberi manfaat kepada 120 organisasi bagi menyokong komuniti terpinggir dan kurang bernasib baik mendapat kehidupan lebih baik melalui pendidikan, bimbingan dan bantuan kewangan.

Dana itu diagihkan melalui Yayasan Bursa Malaysia, dan secara umumnya diberikan untuk projekproj­ek khusus yang berkaitan mempromosi­kan celik kewangan atau menyediaka­n kemahiran bagi meningkatk­an kebolehpas­aran pekerjaan yang memudahkan mereka berdikari serta mendapatka­n mata pencarian sendiri.

Tambah baik celik kewangan

Dana juga diberikan bagi menambah baik kemudahan, pembelian peralatan atau kenderaan, serta menyokong perbelanja­an operasi untuk membolehka­n organisasi penerima manfaat memberikan khidmat lebih baik keperluan kumpulan sasaran.

Pada 2017, jumlah penerima manfaat meningkat kepada 34 berbanding 20 pada 2014, merangkumi organisasi bukan berasaskan keuntungan dan enterpris sosial.

Walaupun Bursa Malaysia sejak beberapa tahun ini kekal komited untuk menambah baik celik kewangan dan meningkat keusahawan­an sejajar dengan penekanann­ya terhadap kemampanan, ia mengambil inisiatif untuk mengurangk­an jejak karbon bagi Bursa Bull Charge dan berjaya mencapai neutralkar­bon pada 2017.

Kembali untuk edisi kelima tahun ini, Bursa Bull Charge 2018 menjadikan agenda kemampanan setapak lebih jauh dengan menyelaras­kan acara bagi menyokong Sasaran Pembanguna­n Mampan (SDGS) terpilih Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dan meraikan tahun penting ini dengan komitmen yang diperbahar­ui bagi memperluas­kan platform dikongsi kepada komuniti pasaran modal untuk menjuarai keterangku­man serta kemampanan.

“Menuju ke hadapan dari 2018, kemampanan akan terus menjadi elemen yang ditampilka­n Bursa Bull Charge. Ini melangkaui penganjura­n dan pengurusan acara itu sendiri, malah juga dengan kaedah, yang mana dana diagihkan itu digunakan, bagi memastikan kesan Bursa Bull Charge jauh melangkaui sasaran.

“Berikutan itu, kami akan lebih fokus dan dipacu oleh impak. Kami berhasrat meningkatk­an hubungan bersama penerima manfaat dan menjadi lebih terbabit dengan cara program atau projek dilaksanak­an demi memastikan pemba ngunan mampan bagi organisasi itu sendiri, selain penerima manfaat individu,” kata Tajuddin.

Bursa Malaysia berhasrat untuk mewujudkan sasaran jangka panjang yang boleh diukur dan ke arah mencapainy­a bersama penerima manfaat Bursa Bull Charge, dengan sasaran membentuk impak positif berpanjang­an ke atas masyarakat secara keseluruha­nnya dan dalam kalangan komuniti kurang bernasib baik khususnya, menyumbang ke arah pembanguna­n mampan keseluruha­n negara ini.

 ??  ?? Bursa Bull Charge mendapat inspirasi daripada acara Wall Street Rat Race di New York.
Bursa Bull Charge mendapat inspirasi daripada acara Wall Street Rat Race di New York.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia