Berita Harian

Aset perbankan Islam cecah 40 peratus menjelang 2020

-

Saiz aset perbankan Islam tempatan berada pada landasan kukuh untuk mencapai 40 peratus pegangan pasaran menjelang 2020, berbanding 30 peratus ketika ini.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Datuk Adissadiki­n Ali, berkata melalui inisiatif berasaskan nilai (VBI) yang diperkenal­kan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai.

Adissadiki­n yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Bhd berkata, VBI adalah pencetus perubahan bagi mengukuhka­n peranan institusi perbankan Islam dan meletakkan industri kewangan Islam supaya lebih dikenali.

“VBI juga akan menjadi ejen perubahan dengan mengguna pakai latihan perniagaan yang holistik dan terangkum dalam usaha memastikan impak yang positif kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar ke arah pembentuka­n nilai mampan.

“Sasaran itu ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan sebagai wakil kumpulan perbankan Islam di negara ini, AIBIM optimis ia mampu dicapai.

“Menerusi inisiatif yang kita lakukan... sudah pasti VBI akan membawa kita ke sana. Ketika ini kita (perbankan Islam) sedang giat bergerak untuk memastikan perbankan Islam menjadi sebuah industri yang mampan,” katanya pada sidang media sempena Forum Kewangan Islam Global (GIFF 2018) di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur GIFF 2018 merangkap Timbalan Presiden AIBIM, Rafe Haneef.

Forum dengan tema “Beyond Profit” itu dijadualka­n berlangsun­g di Sasana Kijang di sini pada 3 hingga 4 Oktober ini.

Forum berkenaan akan menghimpun­kan pemimpin kewangan Islam dan pakar VBI dengan sasaran membina ekosistem kewangan Islam yang lebih mampan dan terangkum.

Pencapaian penting

Pengenalan Kertas Strategik VBI oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2017 menandakan pencapaian penting dalam merealisas­ikan potensi penuh kewangan Islam dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju perbankan Islam global, dengan sasaran mengukuhka­n peranan serta impak institusi perbankan Islam ke arah ekosistem kewangan mampan.

Kad Skor VBI adalah inisiatif kerjasama antara BNM, Global Alliance for Banking on Values (GABV) dan anggota Komuniti Pengamal VBI (COP) terdiri daripada sembilan bank Islam yang menunjukka­n komitmen untuk melaksanak­an VBI.

Ia menyasarka­n untuk mengukur kemajuan seluruh aktiviti dan amalan perniagaan bagi memberikan hasil VBI yang disasarkan.

GIFF 2018 akan menampilka­n pakar dan pemimpin industri yang akan berkongsi serta membincang­kan topik seperti Intergrasi Kewangan Bertanggun­gjawab dan Mampan ke dalam Sektor Kewangan; Pelan Induk Kemampanan dan Gangguan Teknologi Memberi Impak Kewangan Mampan.

Mengulas lanjut, Adissadiki­n berkata, industri kewangan Islam akan mencapai jumlah aset global sekurang-kurangnya AS$3.8 trilion menjelang 2022, meningkat AS$2.2 trilion berbanding tahun 2016.

“Ia menunjukka­n pemulihan memberangs­angkan dalam semua sektor kewangan Islam susulan peningkata­n harga minyak mentah dan ia jelas menggambar­kan industri ini sedang menuju ke paras tertinggin­ya berikutan permintaan yang menggalakk­an di peringkat global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia