Berita Harian

Kelebihan TVET

Bidang berkenaan bukan pilihan terakhir untuk lanjutkan pengajian

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Seiring era globalisas­i kini, bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) terus berkembang pesat dan mendapat permintaan tinggi kerana kepentinga­n jangka panjangnya terutama bagi menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi negara yang inklusif serta mampan.

Melihat kepada peluang kerjaya dan keperluan industri yang tinggi, TVET bukan lagi pilihan atau bidang terakhir untuk pelajar melanjutka­n pengajian memandangk­an majikan hari ini amat menekankan aspek kemahiran, di samping kelayakan akademik sedia ada.

Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Puan Zainab Ahmad, berkata terdapat beberapa aspek penting mendorong kepada kejayaan seseorang dalam bidang TVET seperti minat kepada jurusan diceburi, ciri peribadi, menerokai kemahiran dengan mendalam, keusahawan­an dan meneruskan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, pemilihan kursus bersesuaia­n adalah penting untuk membantu pelajar mengembang­kan potensi, bakat dimiliki dan menempa kecemerlan­gan menerusi program yang diikuti.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya, mereka yang tergolong dalam bidang TVET ini kebiasaann­ya gemar mencuba sesuatu yang baharu seperti bertukang dan menggunaka­n peralatan mesin.

“Mereka ini suka meningkatk­an kemahiran diri dan suka akan pembaharua­n kerana melalui eksperimen, mereka dapat melihat keupayaan sesuatu produk itu secara dekat,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Puan Zainab berkata, golongan yang menceburi TVET lazimnya bukan terdiri daripada ulat buku dan sentiasa mengimpika­n untuk segera mendapatka­n pekerjaan apabila tamat pengajian.

Katanya, di samping gemar berdikari dalam melakukan sesuatu perkara, pelbagai ilmu kemahiran dimiliki turut mendorong mereka untuk menceburi bidang keusahawan­an.

Pembelajar­an kondusif

“Apabila seseorang itu memiliki pengetahua­n dan kemahiran yang meluas,

Bidang TVET bukan sahaja mampu melahirkan bilangan pekerja mahir dan terlatih, tetapi berupaya mencipta pekerjaan sendiri berbekalka­n kemahiran dimiliki” Puan Zainab Ahmad Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

secara tidak langsung menarikmin­atmerekaun­tuk menjadi usahawan berjaya serta menawarkan peluang pekerjaan kerana yakin dengan kemampuan diri.

“Seterusnya, mereka akan menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi bagi meningkatk­an taraf pendidikan, menambahka­n ilmu pengetahua­n diri dan memperoleh kelayakan akademik,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Puan Zainab berkata, pelajar yang mengikuti pengajian di politeknik dan kolej komuniti akan didedahkan dengan ekosistem pembelajar­an

kondusif seiring keperluan jangka panjang TVET sendiri.

Beliau berkata, pendidikan di pusat pengajian itu tidak terhad kepada pembelajar­an teori akademik semata-mata, sebaliknya pelajar perlu mempraktik­kan ilmu dipelajari menerusi latihan amali dan kerja lapangan yang dijalankan bersama rakan lain.

“Setiap program yang kami tawar direka khusus untuk memenuhi permintaan kerjaya masa ini yang mana cara belajarnya tidak membosanka­n, malah penggunaan teknologi didedahkan dengan meluas sewaktu pembelajar­an kuliah.

Program pilihan pelajar

“Tidak dinafikan penempatan latihan industri yang diikuti pelajar pada semester akhir amat penting kerana dapat mendedahka­n mereka dengan situasi pekerjaan sebenar, membina keyakinan diri dan mampu menyesuaik­an diri khususnya apabila memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Oleh itu, Puan Zainab berkata, semua pihak termasuk ibu bapa seharusnya melihat keperluan bidang TVET untuk tempoh jangka panjang dan tidak sepatutnya menghalang anak-anak untuk memilih kursus atau program yang diminati.

“Kita akui terdapat segelintir ibu bapa yang mahu anak-anak mengikut pilihan mereka dalam memilih kursus pengajian dan apabila gagal, mereka terpaksa mengulang semula serta merugikan masa.

“Antara cabaran dihadapi TVET kini adalah seperti keperluan dana untuk melaksanak­an sesuatu kajian projek, justeru perkara itu boleh diatasi sekiranya pelajar dapat menabung dari awal dan tidak hanya bergantung pada bantuan pinjaman pendidikan semata-mata,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Penguasaan kepelbagai­an ilmu kemahiran penting sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan majikan dan pasaran kerja semasa.
Penguasaan kepelbagai­an ilmu kemahiran penting sebagai persediaan bagi memenuhi keperluan majikan dan pasaran kerja semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia