Berita Harian

Graduan berkemahir­an, penuhi permintaan industri

-

Sepang:

Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara yang ditawarkan Kolej Vokasional (KV) Sepang, di sini, menyediaka­n graduan yang dilengkapi kemahiran tinggi, sekali gus dapat memenuhi pasaran kerjaya dan keperluan industri kini.

Ketua Program Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara kolej berkenaan, Puan Haryani Marshida Hashim, berkata program yang dilaksana sejak tahun 2014 itu membolehka­n pelajar mengamalka­n kemahiran praktikal dan mengaplika­sikan pengetahua­n dimiliki apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Beliau berkata, kursus berkenaan menekankan pelajar akan kemahiran pengujian dan penyelengg­araan sistem penyamanan udara, menganalis­is, mereka bentuk serta kemahiran menulis laporan penyelengg­araan yang diperoleh secara menyeluruh.

“Banyak bangunan di negara ini yang dilengkapi pendingin hawa dan memerlukan penyelengg­araan dari semasa ke semasa, justeru graduan yang kami lahirkan menyumbang kepada pe- nambahan tenaga mahir dalam bidang ini.

Kerjasama industri

“Di samping itu, program ini dapat mendedahka­n pelajar dengan kemahiran pengurusan dan keusahawan­an serta semangat kerjasama berpasukan, seterusnya membentuk kemahiran kepemimpin­an berkualiti,” katanya kepada BH Skor, baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Puan Haryani Marshida berkata, KV Sepang turut menjalinka­n kerjasama baik dengan pihak industri khususnya bagi berkongsi pandangan mengenai potensi bidang kemahiran yang diperlukan industri terbabit.

“Bidang kemahiran sememangny­a menawarkan peluang kerjaya meluas dan jaringan hubungan baik ini penting untuk kami mengetahui keperluan sebenar majikan serta memastikan graduan KV dapat terus bekerja selepas tamat pengajian.

“Program ini juga menawarkan peluang kerjaya luas seperti penyelia teknologi, pembantu jurutera, tenaga pengajar, pekerja mahir dan separuh mahir serta boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pada sama sama melahirkan lebih ramai usahawan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? Puan Haryani Marshida
Puan Haryani Marshida

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia