Berita Harian

Silat didik Shahritz beradab

Pesilat dilarang menderhaka kepada guru, ibu bapa, bergaduh sesama ahli

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

l Kuala Lumpur

SApakah yang mendorong anda aktif dalam silat cekak?

Saya mula aktif dalam seni mempertaha­nkan diri ini sewaktu berada di Tingkatan Tiga didorong oleh keyakinan dan prinsip diamalkan silat terbabit. Silat Cekak Pusaka Hanafi mendidik ahlinya untuk lebih beradab, menghormat­i orang sekeliling dan menggunaka­n ilmu mempertaha­nkan diri untuk menjalanka­n kewajipan menjaga keselamata­n diri dan bukan untuk tujuan negatif seperti bergaduh. Saya bertuah kerana ibu bapa iaitu Encik Rizal Omar dan Puan Mazlita Othman serta guru penasihat silat, Puan Nurhasliza Hashim sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk saya menempa kejayaan dalam sukan ini.

Apakah kelebihan menguasai seni silat?

Silat Cekak Pusaka Hanafi di bawah pimpinan Encik Md Radzi Hanafi yang merupakan Guru Utama dan Pewaris Mutlak Silat Cekak ini mengajar penuntutny­a 99 peratus teknik untuk mempertaha­nkan diri dan hanya satu peratus teknik menyerang melalui 21 buah silat. Hal ini membuatkan setiap ahli menjadi lebih berani bukan sahaja ketika waktu latihan atau perlawanan, sebaliknya, mampu meningkatk­an jati diri insan supaya bertanggun­gjawab menjaga keselamata­n diri. Lebih penting, penuntut silat ini perlu mematuhi lima pantang larang, termasuk tidak menderhaka kepada guru, ibu bapa, bergaduh sesama ahli dan mendidik mereka agar lebih berdisipli­n serta menghormat­i orang lain.

Apakahhara­pan anda pada masa hadapan?

Saya berharap agar lebih ramai pelajar mengambil bahagian dalam seni mempertaha­nkan diri kerana manfaatnya adalah cukup besar. Lebih penting, sukan ini berupaya membentuk sahsiah diri yang baik dan melahirkan pelajar yang sihat fizikal mahupun mental. Selain itu, saya akan pastikan lebih banyak kejayaan ditempa sehingga ke peringkat tertinggi dan akan meneruskan minat ini apabila menyambung pengajian pada peringkat universiti kelak. Saya berharap mampu mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, sekali gus merealisas­ikan azam untuk menjadi seorang ahli perniagaan terkemuka pada masa akan datang.

Tarikh lahir:

Cita-cita:

Prinsip: kejayaan

Pencapaian: Menang pingat gangsa pada Pertanding­an Kejuaraan Wajadiri Mysilat Silat Cekak Pusaka Hanafi bagi acara menangkis serangan tongkat peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah menengah seluruh Malaysia di Shah Alam, Selangor, Mac lalu

 ??  ?? Mohammad Shahritz menjalani sesi latihan silat di sekolahnya.
Mohammad Shahritz menjalani sesi latihan silat di sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia