Berita Harian

Automated I-JESSPONICS galak pelajar bertani

Produk mesra hijau dapat membantu masyarakat menyelengg­ara tanaman diusahakan, bebas bahan kimia

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Mendapat inspirasi untuk membantu golongan yang suka bercucuk tanam dan berdepan kekangan jadual harian yang padat mendorong sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Sains Jeli, di sini, membangunk­an produk inovasi dinamakan

Guru pembimbing inovasi sekolah itu, Cik Salmi Suhani Kamaruddin, berkata produk berkenaan adalah sistem akuaponik yang menggunaka­n bahan buangan ikan sebagai baja, sekali gus berupaya untuk memantau kualiti dan kedalaman air, kelembapan tanah, suhu serta kelembapan udara secara automatik.

Beliau berkata, produk itu dapat memudahkan masyarakat mengurus dan menyelengg­ara tanaman seperti sayursayur­an diusahakan serta bebas daripada bahan kimia dengan sebaiknya.

“Proses awal adalah mengumpul maklumat dan menjana idea untuk menghasilk­an satu sistem penanam sayuran yang moden dan canggih menggunaka­n baja semula jadi.

Kos rendah

“Di samping itu, kajian juga dijalankan membabitka­n kaedah membangunk­an prototaip dan sensor bagi menguji keupayaann­ya untuk bhskor@bh.com.my tempoh jangka panjang,” katanya kepada barubaru ini.

Cik Salmi Suhani berkata, walaupun produk mesra hijau tidak memerlukan kos tinggi untuk dihasilkan, namun keberkesan­annya adalah mengujakan.

“Menariknya, sistem ini boleh digunakan di dalam atau luar rumah, malah mereka yang tinggal di kediaman bertingkat juga boleh menjalanka­n aktiviti bercucuk tanam menggunaka­n

ini.

“Saya berharap agar pelajar dapat mempraktik­kan sistem akuaponik moden ini dan menggalakk­an aktiviti bercucuk tanam mesra hijau, seterusnya meminimumk­an kesan negatif lain selaras mendokong Dasar Teknologi Hijau Negara,” katanya.

Produk mula dibangunka­n pada Januari lalu

Membabitka­n tiga pelajar Tingkatan Empat iaitu Aiza Shahira Idris, Arina Yasmin Fauzi dan Syafi Husainie Sakri

Mendapat bantuan kepakaran pengarah dan pensyarah kanan Institut Penyelidik­an Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu, Dr Hafizan Juahir dan Dr Fathurrahm­an Lananan

Memenangi pingat emas pada pertanding­an

(IYSIE 18) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, Julai lalu

 ??  ??
 ??  ?? I-JESSPONICS. Automated BH Skor, I-JESSPONICS Automated Internatio­nal Young Scientists Innovation Exhibition Produk Automated I-JESSPONICS memenangi pingat emas pada IYSIE di Bangi, baru-baru ini.
I-JESSPONICS. Automated BH Skor, I-JESSPONICS Automated Internatio­nal Young Scientists Innovation Exhibition Produk Automated I-JESSPONICS memenangi pingat emas pada IYSIE di Bangi, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia