Berita Harian

Industri bioteknolo­gi jana pelaburan RM7.5B

Bakal wujudkan lebih 26,000 peluang pekerjaan

- Oleh Alzahrin Alias

Malaysia menerima pelaburan RM7.5 bilion daripada syarikat bioteknolo­gi yang diselia oleh Perbadanan Pembanguna­n Bioekonomi Malaysia (Bioekonomi Corp) setakat akhir tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bioekonomi Corp, Dr Mohd Shuhaizam Mohd Zain, berkata daripada jumlah itu, RM5 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI).

“Bioekonomi akan menjadi penyumbang kepada ekonomi dan pembanguna­n sosial negara. Sejak 2012, terdapat 77 projek bioekonomi yang bakal menyumbang RM23.3 bilion pendapatan kasar negara menjelang 2020.

“Ia juga bakal mewujudkan lebih daripada 26,000 pekerjaan. Malaysia adalah negara pertama di ASEAN dan kedua di Asia yang melaksanak­an inisiatif bioekonomi nasional.

“Namun, sasaran meningkatk­an sektor ini tidak akan mampu dicapai tanpa pembabitan rakan kerjasama. Ia bukan hanya sekadar merentasi sempadan serantau semata-mata, malah perlukan kerjasama antara sektor awam dan swasta meneruskan agenda ini,” katanya selepas perasmian Hari Bioekonomi di Kuala Lumpur, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Shuhaizam berkata, fokus Bioekonomi Corp kini adalah mewujudkan akses pasaran kepada syarikat yang berkaitan dengan bioekonomi untuk mengkomers­ialkan produk masing-masing bukan hanya di pasaran tempatan, malah di luar negara.

Beliau berkata, perkara ini penting kerana bioekonomi bukan saja menjadi inisiatif atau trend pembanguna­n negara malahan juga elemen penting dalam polisi kemampanan, inovasi dan ekonomi kebanyakan negara di dunia.

Inovasi baharu

Katanya, melalui program pembanguna­n komuniti bioekonomi (BCDP) yang menghubung­kan syarikat bioekonomi dengan komuniti seperti pertanian, ia membantu mewujudkan inovasi baharu berasaskan bio yang sekali gus menambah pendapatan kepada komuniti.

“Sehingga Ogos lalu, sebanyak 40 projek BCDP berjaya dilaksanak­an membabitka­n 2,900 peserta dan jumlah ini dijangka akan ditingkatk­an sehingga akhir tahun ini.

“Projek itu juga membabitka­n penyertaan syarikat berstatus Bionexus. Dari 2008 hingga hujung 2017, kami berjaya membantu 283 syarikat dengan jumlah pelaburan RM3.58 bilion dan pendapatan sebanyak RM1.47 bilion,” katanya.

Selain itu, Shuhaizam berkata, sebanyak 33 loji tenaga boleh diperbahar­ui berasaskan bio di bawah projek bioekonomi berjaya dilaksanak­an yang menyumbang 26.412 megawatt (MW) elektrik tambahan.

Beliau berkata, loji tenaga ini membolehka­n penduduk luar bandar mendapatka­n akses dan tenaga elektrik untuk kegunaan domestik dan perniagaan.

 ?? [ FOTO ASWADI ALIAS ] ?? Bee Yin (tengah) dan Tze Tzin (dua kiri) melihat hasil produk yang menggunaka­n bahan bio ketika melawat gerai pameran pada Bioeconomy Hari Bioekonomi di WOW KL!, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.
[ FOTO ASWADI ALIAS ] Bee Yin (tengah) dan Tze Tzin (dua kiri) melihat hasil produk yang menggunaka­n bahan bio ketika melawat gerai pameran pada Bioeconomy Hari Bioekonomi di WOW KL!, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), Jalan Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia