Berita Harian

Kerajaan komited bantu syarikat teknologi hijau, RE

-

Kerajaan menyasarka­n untuk membantu peserta sektor teknologi hijau dan tenaga boleh diperbahar­ui (RE) mendapatka­n pembiayaan yang lebih baik pada masa depan memandangk­an industri itu kini berhadapan dengan kesukaran daripada aspek pembiayaan.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata pada masa ini industri itu kurang berjaya dalam menarik perhatian institusi perbankan untuk membiayai mereka kerana ia pasaran yang masih muda.

Menurutnya, kadar faedah yang dikenakan daripada pembiayaan adalah tinggi sehingga menyebabka­n peserta industri itu dilihat tidak mempunyai akses untuk untuk mendapatka­n tawaran kadar faedah lebih rendah.

Perluas industri

“Oleh itu, kami akan melakukan perjumpaan dengan pihak berkepenti­ngan seperti Bank Negara Malaysia (BNM), institusi perbankan dan bank pelaburan bersempena Persidanga­n dan Pameran Antarabang­sa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2018 pada Oktober ini bagi membincang­an perkara ini,” katanya pada Simposium Tenaga Solar 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif MGCC, Daniel Bernbeck dan Duta Jerman, Nikolaus Graf Lambsdorff.

Simposium yang dianjurkan Dewan Industri dan Perdaganga­n Malaysia-jerman (MGCC) itu menyaksika­n seramai sembilan pakar dan penyedia teknologi berkaitan tenaga solar dari Jerman bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman bersama pemain industri di Malaysia.

Beliau berkata, langkah membantu peserta industri itu mendapatka­n pembiayaan akan dapat mengembang­kan industri terbabit dengan menarik perhatian daripada institusi perbankan dan bank pelaburanm sekali gus mengembang­kan industri itu tanpa perlu banyak bergantung kepada subsidi daripada kerajaan.

“Saya lihat industri ini perlu mendapatka­n modal daripada swasta dan pasaran modal tanpa berterusan berharap kepada subsidi kerajaan bagi memastikan mereka lebih berdaya saing di pasaran pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Bee Yin berkata kerajaan akan mengumumka­n dasar dan kerangka undang-undang yang lebih jelas berkaitan industri itu bermula pada tahun depan.

“Pada masa ini, kami masih meneliti dan menyemak semua perkara yang akan dimasukkan dalam agenda perubahan bagi industri ini secara keseluruha­n sebelum ia akan diumumkan mulai 2019,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia