Berita Harian

Red Hat sedia sokong pelaksanaa IR 4.0 negara

-

Red Hat Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat penyedia penyelesai­an sumber terbuka global, Red Hat Inc (Red Hat) sedia memberikan sokongan kepada kerajaan dalam pelaksanaa­n Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Pengurus Negaranya, Eric Quah, berkata menerusi platform Red Hat Open Shift Container yang menggunaka­n sistem Cloud Suite, ia mampu melancarka­n pelaksanaa­n pendigital­an operasi sektor awam dan swasta.

Katanya, menjadi satu keperluan kepada kerajaan untuk merealisas­ikan IR 4.0 sejajar dengan keperluan global ke arah mentransfo­rmasikan sistem penyampaia­n yang mana akan memberikan penjimatan kepada kos operasi.

“Operasi yang dipacu oleh internet kebendaan atau Internet of Things (IOT) bakal menjadi satu titik perubahan dalam landskap pentadbira­n serta ekonomi Malaysia.

“Red Hat ketika ini sedang memberi tumpuan untuk membentuk kerjasama komprehens­if dengan kerajaan untuk menjadikan IR 4.0 sebagai kenyataan.

“Kita sedang berunding dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan hasil perbincang­an kami juga sangat positif meskipun selepas perubahan tampuk kepimpinan negara,” katanya kepada Bisnes NSTP selepas satu taklimat media Red Hat di Kuala Lumpur, semalam.

Quah berkata, jurang transforma­si digital antara sektor awam dan swasta kini semakin mengecil, sekali gus membuktika­n kerajaan sememangny­a serius untuk beralih kepada operasi lebih lancar berasaskan teknologi.

“Kita sedia membantu kerajaan untuk beralih kepada pendigital­an. Kami mahu menjadi pemangkin kepada pembanguna­n teknologi dalam sektor awam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia