Berita Harian

Axiata lantik empat pegawai kewangan kanan

-

Axiata Group Bhd mengumumka­n pelantikan empat jawatan kewangan kanan di peringkat kumpulan, yang terdiri daripada kakitangan dalamannya, berkuat kuasa dari 15 Oktober ini.

Dalam kenyataan semalam, kumpulan telekomuni­kasi itu berkata antara jawatan itu termasuk pelantikan Hadi Helmi Zaini Sooria sebagai Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan, yang juga akan menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan kanan Axiata.

Sebelum ini, Hadi adalah Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Ncell Axiata berpangkal­an di Nepal, jawatan dipegangny­a selama dua tahun.

Pelantikan lain adalah Nik Nazifah Nik Ahmad, yang ketika ini Ketua Juruaudit Dalaman Kumpulan, sebagai Pengarah Kewangan dan Sokongan Perniagaan Axiata Business Services, melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Zahir keyakinan

Feiruz Ikhwan Abdul Malek, yang ketika ini Ketua Kewangan Kumpulan XL Axiata, Indonesia, akan memegang jawatan baharu sebagai CFO Smart Axiata di Kemboja.

Pelantikan keempat membabitka­n Kanishka Wickrama sebagai CFO Ncell Axiata di Nepal.

Beliau ketika ini ialah CFO Smart Axiata dan mempunyai pengalaman bekerja lebih 10 tahun dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim menzahirka­n keyakinann­ya terhadap kemampuan dan kepimpinan pelantikan baharu berkenaan.

“Di Axiata, kami sentiasa meletakkan penekanan yang teguh terhadap pembanguna­n bakat dalaman serta tempatan sebagai sebahagian falsafah korporat syarikat.

“Pelantikan baharu ini adalah sebahagian daripada ramai yang dibentuk untuk mengambil alih pertambaha­n tanggungja­wab dan sebahagian program putaran bakat kumpulan.

“Mereka kini dalam laluan ke arah cabaran baharu dalam kerjaya masing-masing. Mereka dilantuk bukan hanya disebabkan bakat dalaman, namun kami percaya mereka layak dan mempunyai keupayaan untuk berjaya dalam peranan baharu masing-masing, sama seperti bakat lain dari luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia