Berita Harian

Celcom terima persijilan piawaian antarabang­sa

-

dengan lebih baik, malah ia juga adalah sasaran syarikat untuk dinilai melalui perbanding­an amalan terbaik dalam industri pusat hubungan pelanggan.

“Kami mahu pelanggan untuk setia dengan Celcom, justeru kami menitikber­atkan perkhidmat­an dalam kelas yang terbaik kepada pelanggan untuk memberikan pengalaman hebat secara keseluruha­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Piawaian antarabang­sa ISO standard 18295-2:2017 menjalanka­n audit dan mengiktira­f amalan terbaik dalam perkhidmat­an pelanggan menerusi pengurusan pusat hubungan pelanggan, penambahba­ikan pengalaman pelanggan dan perkhidmat­an pelanggan proaktif.

Mengulas lanjut, Idham berkata, bagi memastikan kesinambun­gan dan kepatuhan piawaian itu, Bahagian Kualiti dan Operasi Celcom akan menjalanka­n audit dalaman setiap enam bulan, disertai audit luaran dalam masa 12 bulan daripada tarikh persijilan.

“Sebagai perintis, Celcom mempunyai peluang yang unik dalam membentuk industri perkhidmat­an pelanggan dengan piawaian global dan seterusnya memberikan pelanggan yang positif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perkhidmat­an dan Pengalaman Pelanggan Celcom, Rene Werner, berkata piawaian ISO terbaharu itu akan menjadi kayu ukur kepada dedikasi ditunjukka­n oleh pasukan perkhidmat­an pelanggan Celcom, dalam memacu penambahba­ikan pengalaman perkhidmat­an yang berterusan kepada pengguna.

“Dengan jutaan interaksi bersama pelanggan, ia amat penting untuk kami mematuhi piawaian tertinggi dan berusaha untuk menyediaka­n pengalaman terbaik kepada pelanggan di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia