Berita Harian

FBM KLCI cecah paras terendah

Asakan aktiviti jualan saham, perang dagangan AS, China jadi punca

-

Bursa Malaysia ditutup dalam sentimen lemah apabila mencecah paras terendah harian, diasak oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi serta seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau akibat kebimbanga­n membabitka­n perang dagangan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga.

Indeks penanda aras itu kebanyakan­nya diheret turun akibat jualan membabitka­n saham sektor telekomuni­kasi, didahului Axiata yang menyumbang 3.413 mata kepada indeks.

Petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.70 mata untuk ditutup kepada paras 1,794.47 berbanding 1,800.17 sewaktu ditutup pada Isnin.

Selepas dibuka 2.03 mata lebih rendah kepada 1,798.14, indeks itu berlegar sekitar 1,794.47 dan 1,800.87 sepanjang dagangan semalam.

Bagaimanap­un, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 393 berbanding 384 manakala 397 kaunter lain tidak berubah, 724 tidak didagangka­n dan 28 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.86 bilion unit bernilai RM1.92 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM1.50 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata pasaran saham Asia kebanyakan­nya susut kerana kebimbanga­n mengenai perkembang­an terbaharu krisis dagangan As-china yang dilihat mungkin menjejaska­n prospek dagangan global selain faktor ketidakten­tuan membabitka­n kenaikan kadar faedah di AS.

“Dalam episod terbaharu, kerajaan China dilaporkan menuduh pentadbira­n Presiden Donald Trump mengamalka­n dasar membuli negara lain, sekali gus menjejaska­n harapan untuk menyaksika­n perang dagang yang berlanjuta­n itu berakhir.

“Pelabur juga lebih berhati-hati sebelum berlangsun­gnya mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n AS yang dijadual bermula lewat hari ini (semalam). Pada masa sama, pasaran turut mengharapk­an pengumuman positif daripada mesyuarat itu bagi mendapatka­n petunjuk berhubunga­n kenaikan kadar faedah itu,” katanya.

Selain itu, katanya, saham minyak dan gas terus menarik minat pelabur selepas harga minyak mencatat peningkata­n semalaman yang menyaksika­n harga minyak mentah Brent mencecah paras AS$80 setong.

Dalam pada itu, Bursa Hong Kong dan Korea Selatan ditutup semalam bersempena cuti umum.

Pasaran serantau lain seperti Indeks Straits Times Singapura naik 0.53 peratus kepada 3,236.08, Nikkei 225 Jepun menokok 0.29 peratus kepada 23,940.26, Indeks SSE Shanghai Shanghai bagaimanap­un susut 0.58 peratus kepada 2,781.14, Indeks Komposit Jakarta Indonesia turun 0.13 peratus kepada 5,874.30 manakala Indeks PSE Filipina kehilangan 1.36 peratus kepada 7,332.17.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank untung satu sen kepada RM9.80, Tenaga susut empat sen kepada RM15.48, Petronas Chemicals rugi lima sen kepada RM9.41, CIMB Group turun tiga sen kepada RM6.00 manakala Public Bank tidak berubah kepada RM25.00.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik satu sen kepada 44 sen, Hibiscus Petroleum untung lima sen kepada RM1.18, waran V.S Industry menambah 7.5 sen kepada 28.5 sen dan QES Group meningkat dua sen kepada 34 sen.

Amlex Holdings Bhd yang buat pertama kalinya disenaraik­an di Pasaran Leading Entreprene­ur Accelerato­r Platform (LEAP) atau Platform Pemecut Usahawan Utama, naik satu sen kepada 16 sen sewaktu dagangan ditutup.

Indeks FBM Emas turun 27.11 mata kepada 12,513.33, Indeks FBMT 100 berkuranga­n 31.32 mata kepada 12,320.26 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 33.27 mata kepada 12,647.64.

Indeks FBM 70 kehilangan 7.34 mata kepada 14,757.23 manakala Indeks FBM Ace naik 43.97 mata kepada 5,192.87.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 31.20 mata kepada 17,806.87, Indeks Produk dan Perkhidmat­an susut 0.14 mata kepada 177.02 namun Indeks Perladanga­n naik 5.14 mata kepada 7,530.56.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.42 bilion saham bernilai RM1.81 bilion daripada 1.17 bilion saham bernilai RM1.40 bilion pada Isnin.

Jumlah waran berkuranga­n kepada 156.63 juta unit bernilai RM19.37 juta daripada 235.94 juta unit bernilai RM54.51 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 276.74 juta unit bernilai RM81.90 juta daripada 235.47 juta unit bernilai RM44.36 juta pada Isnin.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 138.95 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala barangan perusahaan dan perkhidmat­an (279.99 juta), pembinaan (60.24 juta), teknologi (172.78 juta), SPAC (82,000), perkhidmat­an kewangan (42.58 juta), hartanah (77.67 juta), perladanga­n (20.83 juta), REIT (2.05 juta), dana tertutup (6,400), tenaga (528.39 juta), penjagaan kesihatan (22.19 juta), telekomuni­kasi dan media (25.52 juta), pengangkut­an dan logistik (15.29 juta) serta utiliti (37.57 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia