Berita Harian

Waspada tulis laporan berkaitan keganasan

-

Melaka: Pengamal media di negara ini diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menghasilk­an laporan berkaitan keganasan kerana dibimbangi menggalak dan mempromosi­kan aktiviti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya, berkata kerjasama pengamal media sangat perlu, terutama dalam usaha memastikan mereka dapat membezakan antara kepelbagai­an kekerasan dengan konflik keganasan.

Beliau berkata, sekiranya mahu mendapatka­n kefahaman lebih jelas mengenai perkara itu seperti asal usul dan pelbagai faktor lain, pengamal media harus turut mengkaji cara untuk menangani keganasan.

“Justeru, kita mengadakan bengkel ini bertujuan membincang­kan cabaran dihadapi media masa kini dalam melaporkan kegiatan ekstremism­e dan keganasan.

Latih pengamal media

“Mereka (pengamal media) akan dilatih bagaimana untuk menyiapkan artikel, mengendali­kan wawancara, membuat laporan khas dan pada masa sama, tidak memperjuan­gkan propaganda keganasan (dalam laporan),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bengkel Role Of The Media In Covering Violent Extremism and Radicaliza­tion Leading To

Terrorism di sini, semalam. Seramai 32 pengamal media daripada pelbagai agensi menyertai bengkel selama tiga hari itu.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), Datuk Azmil Mohd Zabidi.

Chamil berkata, penganjura­n bengkel itu juga bertujuan menyediaka­n platform perbincang­an bagi mewujudkan kerjasama antara media, masyarakat dan agensi kerajaan dalam usaha membendung tindakan yang mendorong kepada keganasan.

 ??  ?? Chamil Wariya
Chamil Wariya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia