Berita Harian

Kandungan tinggi metanol punca 33 maut

5 lagi individu ditahan bantu siasatan

- Oleh Fairuz Zaidan dan Faliq Lajim

Jumlah kandungan metanol antara 30 hingga 50 kali lebih tinggi daripada dibenarkan menjadi punca 33 individu maut akibat meminum arak mengandung­i bahan itu di beberapa negeri sejak minggu lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata kandungan tinggi bahan berkenaan dipercayai akibat kegagalan dalam pemprosesa­n arak yang sepatutnya menghasilk­an etanol (sebatian alkohol).

“Sehingga hari ini (semalam), 87 kes keracunan arak dilaporkan berlaku di empat negeri, iaitu Selangor, Wilayah Persekutua­n, Perak dan Negeri Sembilan membabitka­n 33 kematian,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Dunia Mengenai Perubatan Senaman (WCEM) 2018 di Hotel Equatorial, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Penaung WCEM, Datuk Seri Raja Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah dan Pengerusi WCEM, Datuk Seri Prof Dr Jessy Lai.

WCEM 2018 selama tiga hari berakhir hari ini menghimpun­kan 65 pakar perubatan, saintis senaman, penyelidik, pakar senaman, pakar kanser, pakar pemakanan dan psikologi dari lebih 35 negara di seluruh dunia.

Persidanga­n tahunan dihadiri lebih 500 peserta itu adalah kesinambun­gan Deklarasi Langkawi 2017, sekali gus berkongsi penemuan baharu, cara rawatan dan formula senaman bagi mencegah serta merawat penyakit tidak berjangkit (NCD).

Rabu lalu, media melaporkan 19 individu sekitar Lembah Klang maut selepas minum arak mengandung­i metanol, manakala 14 kritikal dan sembilan lagi dimasukkan ke hospital untuk pemerhatia­n.

Lancar serbuan

Malah, angka kematian terus meningkat apabila kebanyakan mangsa dimasukkan ke hospital, terutama di Selangor, dilaporkan meninggal dunia.

Susulan itu, pihak berkuasa di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan melancarka­n serbuan di premis dikenal pasti menjual arak beracun berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, polis menahan lima lagi individu melalui Ops Metanol bagi membantu siasatan kes keracunan arak yang mengorbank­an 24 nyawa di Selangor.

Ia menjadikan keseluruha­n tangkapan sehingga kelmarin berjumlah 15 orang dalam 17 serbuan di sekitar Selangor.

Beliau berkata, semua ditangkap berusia antara 20an hingga 50-an membabitka­n peniaga dan pekerja kedai serbaneka serta kedai runcit.

“Seramai lapan warga tempatan dan tujuh warga asing ditahan di Shah Alam, Gombak, Klang Selatan, Sungai Buloh dan Kajang.

“Setakat ini, jumlah mangsa maut di Selangor 24 orang, manakala 17 masih dirawat di hospital dan selebihnya dibenarkan pulang,” katanya selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Mazlan berkata, pihaknya turut merampas 1,480 botol arak dan 1,670 tin bir pelbagai jenama bagi membantu siasatan.

“Semua ini sebagai bahan bukti untuk kami buat analisis dengan Jabatan Kimia bagi menentukan sama ada (kejadian akibat) keracunan atau punca daripada premis ini.

“Kita juga menyiasat siapa pembekal dan di mana ia dibuat. Setakat ini, masih belum ada petunjuk mengenainy­a,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Boon Chye mencuba alat senaman berteknolo­gi tinggi sambil diperhatik­an Raja Yong Sofia (kiri) dan Lai (dua dari kiri) ketika melawat ke gerai pameran pada WCEM 2018 di Melaka, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Boon Chye mencuba alat senaman berteknolo­gi tinggi sambil diperhatik­an Raja Yong Sofia (kiri) dan Lai (dua dari kiri) ketika melawat ke gerai pameran pada WCEM 2018 di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia