Berita Harian

Tanjong Tin nama asal PD

Masyarakat Cina, India panggil Alang atau Arang, tidak amal Adat Perpatih

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Port Dickson adalah daerah yang padat dengan sejarah sehingga berkembang maju merentasi masa lebih 200 tahun.

Daerah ini pada asalnya sebuah penempatan masyarakat Melayu Bugis sebelum 1800 yang bekerja sebagai nelayan dan peniaga di beberapa perkampung­an di Bagan Pinang, Sri Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang, Lukut dan Sepang.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Rosli Saludin, berkata sejarah menunjukka­n sebelum ditukar nama kepada Port Dickson, masyarakat Melayu memanggil daerah ini Tanjong atau Tanjong Tin, manakala komuniti Cina dan India pula memanggiln­ya Alang atau Arang.

Mengunjur ke laut

Beliau berkata, gelaran Tanjong diberi kerana kawasan itu mengunjur ke laut, manakala panggilan Arang pula berikutan teluk itu berhampira­n pulau yang terkenal sebagai tempat membakar kayu bakau untuk pasaran arang tempatan.

“Mengikut sejarah Melayu, Lukut diasaskan Raja Busu yang kaya dan disambung oleh Raja Jumaat Raja Jaafar. Ketika itu, Port Dickson bawah penguasaan Selangor melalui Datuk Tuanku Kelang,” katanya.

Katanya, disebabkan Datuk Tuanku Kelang tidak memiliki anak lelaki, baginda mengahwink­an anak perempuann­ya dengan raja berdarah Bugis di kawasan itu.

“Sehubungan itu, masyarakat di situ tidak mengamalka­n Adat Perpatih kerana diperintah luak lain, iaitu Melayu Bugis. Orang Bugis hebat belayar di laut dan mereka yang pertama di dunia mencipta kompas pelayaran menggunaka­n besi sehingga diakui sejarawan Portugis,” katanya yang juga anak jati Kampung Dioh, Kuala Pilah.

Mohd Rosli berkata, masyarakat Melayu Bugis terawal mencipta pistol dikenali sebagai ‘terakol’, senapang dikenali ‘istinggar’ dan meriam dipanggil ‘lela rentaka’.

“Semua kemahiran ini dipelajari melalui kerajaan Islam Turki Uthmaniah dan suku kaum mereka adalah pedagang, mengusahak­an bijih timah, menjual sutera, minyak wangi, rempah, kapur barus dan emas,” katanya.

Beliau berkata, Tanjong adalah pintu masuk perdaganga­n terpenting di Negeri Sembilan.

“Menjadi kesilapan jika mengatakan Negeri Sembilan secara keseluruha­n dikuasai masyarakat Minangkaba­u yang mengamalka­n Adat Perpatih.

“Sejarah membuktika­n Tanjong pada asalnya bawah penguasaan Klang, Selangor, (diambil sempena Datuk Tuanku Kelang) dan Negeri Sembilan merangkumi Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Kelang, Ulu Pahang, Naning, Ulu Muar dan Segamat,” katanya.

Katanya, penduduk di Tanjong pada masa dahulu melalui jalan laut menggunaka­n kapal, iaitu jong, dan gajah bagi laluan darat, malah orang Melayu Tanjong mahir membina kapal serta berenang di laut tanpa alat sokongan.

Beliau berkata, menyaksika­n perkembang­an di Tanjong, peniaga dari China, India dan Arab akhirnya bertandang ke kawasan itu menyebabka­n penempatan berkembang.

Katanya, pada 1883, sebahagian besar kawasan Tanjong diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan moden dan ia ditukar ganti dengan kawasan Semenyih dan Beranang yang sebelum ini kepunyaan Luak Sungai Ujong.

Mohd Rosli berkata, Port Dickson diambil sempena nama seorang penjajah British, Sir John Frederick Dickson yang juga Setiausaha Negeri-negeri Bersekutu Selat pada akhir abad ke-19.

Berkembang maju

Katanya, Dickson sedar pekan Tanjong dan pulau Arang berkembang maju sebagai pusat perniagaan dan perkilanga­n lalu mengarahka­n kawasan itu dijadikan pelabuhan serta stesen kereta api untuk dihubungka­n ke Sungai Ujong yang kini dikenali sebagai Seremban.

“Pada 1891, landasan kereta api mula dibina sejauh 39 kilometer. Apabila siap pada 1894, pelbagai barangan diturunkan dari kapal yang berlabuh di Tanjong seperti lada, beras dan ubi kayu untuk dibawa ke Seremban.

“Bermula detik itu, pelabuhan Tanjong dikenali ramai lalu ditukar menjadi Pelabuhan Dickson atau Port Dickson hinggalah sekarang. Pada masa sama, kawasan itu juga dijadikan pelabuhan strategik dan tempat istirehat pegawai dan peladang British,” katanya.

Pembanguna­n di pelabuhan membolehka­n pihak British mengambil kesempatan hasil perniagaan rempah, teh dan sutera yang menguntung­kan antara pihak India dan China.

“Aktiviti perdaganga­n yang sibuk antara peniaga dua negara menonjolka­n Selat Melaka sebagai lokasi perhentian yang strategik bagi saudagar kapal,” katanya.

Sejak beroperasi sebagai pelabuhan laut dalam, Port Dickson mencapai kejayaan cemerlang apabila 600 kapal dari Singapura dan Pelabuhan Klang berlabuh serta memunggah muatan kapal.

Mengikut sejarah Melayu, Lukut diasaskan Raja Busu yang kaya dan disambung oleh Raja Jumaat Raja Jaafar. Ketika itu, Port Dickson bawah penguasaan Selangor melalui Datuk Tuanku Kelang” Dr Mohd Rosli Saludin,

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] ?? Pemandanga­n jeti nelayan di pekan Port Dickson, Negeri Sembilan.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] Pemandanga­n jeti nelayan di pekan Port Dickson, Negeri Sembilan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia