Berita Harian

NS kaji status tanah seperti janji manifesto

-

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan giat membuat kajian terperinci berhubung status tanah perumahan daripada pajakan kepada hak milik kekal seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri sudah mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel bagi mengumpul maklumat secara menyeluruh berkaitan isu yang membabitka­n ribuan kediaman.

“Ini memerlukan kajian teliti, bukan boleh dibuat dalam sehari atau sebulan dua. Itu saya kata kita akan selesaikan semua masalah atau isu dalam tempoh lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yap Yew Weng (Pkr-mambau) pada Persidanga­n Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan Ke-14 di sini, semalam.

Yew Weng ingin mengetahui status perancanga­n kerajaan negeri dalam dasar pemberian hak milik kekal kepada tanah di kampung baru di negeri itu seperti dijanjikan melalui dasar tumpuan tawaran Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU-14.

Aminuddin berkata, tarikh pelaksanaa­n penukaran status hak milik tanah belum dapat diputuskan buat masa ini.

“Untuk melakukann­ya, antara perkara perlu dilihat ialah kelayakan permohonan seperti jenis tanah termasuk tanah pertanian atau tidak, tanah adat yang memerlukan kajian undang-udang.

“Kita menetapkan status hak milik kekal hanya diberi kepada pemilik rumah yang bertapak sebelum PRU-14,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia