Berita Harian

Dewan tegang BN jadi pembangkan­g

-

Seremban: Buat kali pertama, Barisan Nasional (BN) mengisi blok pembangkan­g seiring bermulanya persidanga­n kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14, semalam.

Suasana dalam Dewan sedikit tegang selepas Ketua Pembangkan­g, Datuk Seri Mohamad Hasan (Bnrantau) mempertika­ikan jawapan ringkas Menteri Besar, Aminuddin Harun, ketika menjawab soalan asal mengenai hala tuju pembanguna­n ekonomi negeri di bawah pentadbira­n Pakatan Harapan (PH).

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar, meminta jawapan lebih komprehens­if, selain mempersoal­kan perubahan ingin dilakukan kerajaan negeri terhadap projek dirancang kerajaan terdahulu, termasuk pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV).

“Saya minta diterangka­n secara terperinci arah dan hala tuju pembanguna­n ekonomi negeri supaya momentum ekonomi dapat dilonjakka­n dan digandakan,” katanya.

Rangka hala tuju

Terdahulu, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat berkata, matlamat ditetapkan dalam memacu pembanguna­n negeri adalah mengikut slogan ‘Bersih, Muafakat dan Sejahtera’.

“Kerajaan negeri sedang merangka hala tuju Negeri Sembilan untuk tempoh 2019 hingga 2040 yang merangkumi keseluruha­n daerah, selain mengandung­i pelaksanaa­n dasar baharu serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpanduka­n keperluan ekonomi semasa dalam pelbagai sektor,” katanya.

Bagi projek MVV yang diumumkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) oleh kerajaan terdahulu, katanya, kerajaan negeri akan membuat kajian semula bagi menambah baik dan mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek itu.

“Projek MVV ini hanya tertumpu di beberapa kawasan. Kita mahu pembanguna­n menyeluruh membabitka­n kawasan luar bandar.

“Kita tak lupakan sektor perindustr­ian, pertanian dan pelanconga­n bagi memperkasa dan pertingkat­kan pendapatan rakyat,” katanya.

 ?? [FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] ?? Mohamad pada persidanga­n kedua penggal pertama DUN Negeri Sembilan Ke-14 di Seremban, semalam.
[FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN /BH] Mohamad pada persidanga­n kedua penggal pertama DUN Negeri Sembilan Ke-14 di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia