Berita Harian

LANGKAH BERMULA

Sarah Suhairi lega bakat tidak lagi dipandang sepi

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Tekadnya menyertai program realiti, Big Stage sekadar untuk memperkena­lkan bakat yang ada. Berbanding peserta lain, Sarah Suhairi, 18, akur namanya belum begitu dikenali, malah pada permulaan, dirinya juga bukan calon pilihan untuk muncul juara.

Kekurangan itu tidak pernah melunturka­n semangat Sarah untuk terus membuktika­n bakatnya. Saban minggu, dia hanya bertekad memberikan persembaha­n terbaik. Fokusnya ketika itu, hanya mahu mencari platform untuk mengasah bakat tanpa sesekali memikirkan soal kemenangan.

Justeru, apabila namanya diumumkan sebagai juara musim pertama program itu, Sarah mampu menarik nafas lega apabila bakatnya tidak lagi dipandang sepi.

“Alhamdulil­lah, rezeki saya dapat bertahan hingga ke peringkat akhir dan muncul juara. Banyak yang saya pelajari ketika menjadi peserta, malah ia menjadi platform terbaik untuk saya kembangkan bakat. Setiap minggu, saya berazam memberikan persembaha­n terbaik.

“Saya tahu, bukan mudah untuk teruskan langkah dalam industri seni. Ia bergantung kepada rezeki, selain berharap sokongan yang diberikan ini akan berpanjang­an,” katanya.

Sarah yang dikenali menerusi lagu Pedih berkata, program itu juga menguji keupayaann­ya untuk menyerlahk­an bakat sebagai penyanyi versatil. Dia tidak menolak apabila diserahkan lagu rancak, Nyawa Dan Raga untuk menguji kredibilit­inya menangani genre berbeza.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana kelas vokal. Apabila menyertai program ini, saya ambil peluang itu untuk mengasah vokal dan menimba ilmu daripada tenaga pengajar sebagai bekalan di luar nanti.

“Saya mahu mempelbaga­ikan aliran muzik dan tidak suka teri- kat dengan genre tertentu. Hanya dengan cara itu, saya dapat mengukuhka­n nama dengan kelebihan yang saya ada,” katanya.

Tiada jalan pintas

Akur populariti­nya tidak sehebat peserta lain, Sarah berkata, dia pernah gusar kehadirann­ya dipandang sepi kerana kelompok peminatnya yang terbatas. Namun, andaian Sarah itu tersasar apabila dia akhirnya muncul sebagai juara.

Bagi remaja yang dibesarkan di Rawang, Selangor ini, populariti tidak datang mudah tanpa usaha jitu dan kerja keras.

“Apa sahaja kritikan yang diterima, saya anggap sebagai proses pembelajar­an dan pengajaran untuk memperbaik­i mutu persembaha­n pada masa depan.

“Saya agak risau apabila terpaksa dengan bakat baharu yang jauh lebih popular, sedangkan saya masih baru bertapak. Namun, semua itu membuka mata saya untuk menyedari tanpa usaha dan kerja keras, tidak mungkin kita akan meraih populariti,” katanya.

Peluang Syafiq tonjolkan diri

Dia mungkin dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila video nyanyianny­a tular, malah statusnya sebagai anak penyanyi terkenal, Saleem membuatkan Syafiq Farhain tidak berdepan laluan sukar untuk memenangi hati peminat.

Namun, dia yang merangkul trofi naib juara enggan terus dibayangi populariti bapanya, malah berharap, program itu menjadi pencetus untuk dia terus menonjolka­n bakatnya.

“Ketika nama sedang panas, saya ambil peluang ini untuk tonjolkan diri. Setiap peluang yang datang, saya terima untuk sahut cabaran. Saya terima tawaran berlakon filem Hero, bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mahu kukuh nama.

“Saya tidak mahu dianggap sepi selepas program ini tamat. Ramai artis muda datang dan pergi, tetapi saya tidak mahu perkara itu terjadi kepada diri. Saya akan terima apa sahaja tawaran yang datang, termasuk lakonan tanpa sesekali mengabaika­n matlamat dalam bidang nyanyian,” katanya.

Menganggap kerjaya seni tidak mengganggu tugas hakikinya sebagai anggota bomba, penyanyi berusia 24 tahun itu akan tetap teruskan tanggungja­wabnya itu. Baginya, selagi diberikan ruang dan peluang, dia akan menjadi- kan seni sebagai platform untuk mendidik masyarakat mengenai kerjaya sebenarnya.

“Ramai memaklumka­n, susah untuk memberikan fokus, tetapi saya perlu melihat keupayaan diri. Bidang mana yang saya menyerlah, itu yang saya akan pilih,” katanya.

Dugaan menjelang final

Menyentuh mengenai persembaha­nnya yang kelihatan sedikit terganggu, Shafiq menolak dakwaan keadaan ayahnya yang terlantar di hospital akibat kemalangan menjadi punca dirinya hilang fokus.

“Siapa yang tidak terkesan apabila orang terdekat ditimpa kecelakaan, tetapi perkara itu tidak mengganggu fokus saya. Ia berpunca daripada kesilapan sendiri. Keadaan ayah yang masih terlantar membuatkan saya agak emosi ketika menyanyika­n lagu,

“Saya sempat melawatnya pada hari pertama dia dimasukkan ke hospital dan keadaannya agak parah. Alhamdulil­lah, dia mula menunjukka­n tindak balas positif pada hari kedua. Disebabkan itu, saya cukup marah apabila pihak yang tidak sensitif menyebarka­n berita tidak pasti mengenai ayah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Sarah Suhari
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Sarah Suhari
 ??  ?? Shafiq, Sarah dan Afieq mula mengatur langkah membina nama dalam dunia nyanyian selepas berakhirny­a Big Stage.
Shafiq, Sarah dan Afieq mula mengatur langkah membina nama dalam dunia nyanyian selepas berakhirny­a Big Stage.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia