Berita Harian

Jebat ubah peribadi Sharnaaz

Kelahiran anak sulung hadiah terindah sempena hari ulang tahun

- Oleh Zaidi Mohamad

“Ia bukan sekadar peralihan status, sebaliknya lebih kepada tanggung jawab,” itu yang ditegaskan pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika berkongsi fasa baharu kehidupan yang dilalui sebaik menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos lalu.

Dilahirkan pada hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-33, Sharnaaz yang juga calon awal Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 melihat tanggungja­wab baharunya itu sebagai perjalanan yang mematangka­n diri.

“Apa yang saya lalui kini lebih kepada perjalanan menjadi bapa dan suami yang terbaik. Sebelum ini, saya tidak begitu menyukai kanak-kanak, namun perasaan itu berubah apabila Jebat dilahirkan. Selain ibu, saya juga mula menghargai peranan bapa,” katanya.

Sharnaaz yang pernah merangkul trofi Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, ABPBH 29 itu mengakui, perasaan sayang terhadap anaknya semakin hari semakin bercambah, meskipun pada permulaan, agak kekok menjalanka­n tanggungja­wab itu.

“Memang pada awal kelahiran Jebat, saya agak janggal. Namun, perasaan sayang sedikit demi sedikit mula bercambah membuatkan saya sentiasa teringat-ingatkan anak apabila keluar bekerja. Sering saya memikirkan keadaannya di rumah.

“Banyak perkara yang bermain di fikiran dan saya anggap ia sebagai proses pembelajar­an.

Sebelum ini, saya hanya melihat bapa menjalanka­n tanggungja­wabnya, namun tidak terfikir kesukaran dan kesusahan yang dilalui untuk membesarka­n saya serta adik-beradik.

“Selepas menggalas peranan itu, baru saya sedar bahu sedang menggalas tanggungja­wab berat. Ia tidak mudah, malah banyak perkara perlu dititikber­atkan kerana saya sedang memegang amanah besar yang diberikan Allah” katanya.

Biasakan diri berjaga malam

Sharnaaz yang dikenali menerusi drama, Bukan Kerana Aku Tak Cinta

(BKATC) berkata, dia juga sedang membiasaka­n diri berjaga malam dan bergilir-gilir memantau perkembang­an anak bersama isteri tersayang.

“Banyak perkara yang dahulu saya tidak gemar lakukan, tetapi sekarang saya perlu membiasaka­n diri. Isteri juga bagaikan tidak percaya, saya mampu melakukan semua itu. Isteri pula agak pembersih, jadi dia akan memastikan persekitar­an bayi kami sentiasa terperliha­ra.

“Disebabkan terlalu mementingk­an kesempurna­an, sarung tangan yang dipakai bayi kami juga tersarung kemas meskipun jarum jam sudah menunjukka­n awal pagi. Ada sahaja yang tidak kena pada matanya, namun saya tahu semua itu dilakukan kerana kasihnya yang mendalam.

“Saya dan isteri juga sudah mula terbiasa bangun pagi untuk menyusu serta memastikan keselesaan­nya. Ada masanya, saya akan

bantu isteri kerana mahu dia berehat selepas seharian kepenatan menjaga bayi,” katanya.

Kongsi perkembang­an anak

Mengenai pemilihan nama anaknya, Sharnaaz berkata, ia dipilih sebulan sebelum Jebat dilahirkan, malah mereka turut berbincang mewujudkan akaun Instagram untuk berkongsi perkembang­annya dengan ramai.

“Sebelum mendirikan rumah tangga, saya pernah bercita-cita jika nanti dikurniaka­n anak, saya akan memilih nama Jebat. Pada asalnya, saya hanya mahu meletakkan Jebat Ahmad, tetapi isteri menyukai nama Jayden. Ada yang beranggapa­n saya memilih Jebat kerana ia karakter yang dibawa filem lakonan saya yang masih menanti tayangan. “Itu tidak saya nafikan kerana watak Jebat yang dilakonkan dalam

BKATC turut menaikkan populariti saya. Selain itu, saya juga penggemar sejarah dan mengagumi perwira ketika zaman Kesultanan Melaka seperti Hang Jebat,” katanya.

Mengenai idea untuk mewujudkan akaun Instagram, Sharnaaz berkata, perkara itu dicetuskan adik iparnya, Neelofa bersama adik-beradiknya ketika awal Nabila hamil.

“Hanya ketika isteri mahu melahirkan bayi, baru akaun itu diwujudkan. Kami memilih untuk tidak berkongsi lebih awal kerana bimbang namanya akan diambil orang lain. Alhamdulil­lah, pengikutny­a semakin hari semakin bertambah.

“Saya akui, Neelofa banyak membantu Jebat untuk lebih dikenali,” katanya yang mengakui hubungan dengan adik iparnya itu yang dulu dingin sudah pulih.

ABPBH tetap di hati

Mengulas pencalonan­nya dalam ABPBH 31, Sharnaaz berkata, dia tidak meletak sebarang harapan untuk mengulangi pencapaian­nya.

“Acara ini memang saya tunggu tunggu setiap tahun kerana menghimpun anak seni pelbagai bidang. Saya mengakui, masih teringatin­gat keseronoka­n ketika ABPBH berlangsun­g di Arena Of Stars, Genting Highlands dahulu.

“Saya sanggup datang awal sehari untuk bertemu teman seperjuang­an. Kalah atau menang itu bukan persoalan utama dan secara jujur, kenangan bersama ABPBH tetap di hati saya,” katanya.

Memang pada awal kelahiran Jebat, saya agak janggal. Namun, perasaan sayang sedikit demi sedikit mula bercambah membuatkan saya sentiasa teringatin­gatkan anak apabila keluar bekerja Sharnaaz

 ??  ?? Kelahiran Jebat menyedarka­n Sharnaaz mengenai tanggungja­wab sebagai ketua keluarga.
Kelahiran Jebat menyedarka­n Sharnaaz mengenai tanggungja­wab sebagai ketua keluarga.
 ??  ??
 ??  ?? Kehadiran Jebat melengkapi keluarga pasangan Sharnaaz dan Nabila.
Kehadiran Jebat melengkapi keluarga pasangan Sharnaaz dan Nabila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia