Berita Harian

Aizat persiap diri jadi mentor

Pengalaman sedekad jadi bekalan bimbing bakat baharu

- Oleh Hanisah Selamat

Lebih sedekad dalam industri muzik, kredibilit­i Aizat Amdan sebagai penyanyi dan komposer diakui apabila merangkul pelbagai pengiktira­fan, selain diberi kepercayaa­n oleh TV3 untuk membimbing bakat pelapis industri hiburan.

Masih tidak percaya menerima amanah besar itu, Aizat menyifatka­n, dirinya seolah-olah masih bermimpi apabila diberi peluang duduk di kerusi utama dalam program realiti, Mentor 7.

Menganggap kepercayaa­n diberikan sebagai tanggungja­wab, penyanyi itu berkata, dia tidak mungkin mempersiak­an peluang itu, malah sudah mempersiap­kan barisan tenaga kerja untuk membimbing bakal protegenya.

“Saya pernah berada di tempat mereka (protege) dan faham perasaan serta tekanan yang perlu dilalui apabila menyertai pertanding­an. Paling penting, jangan cepat menyerah dan buktikan pemilihan mereka bukan sia-sia.

“Sebelum ini, ada sedikit kekeliruan apabila saya mengatakan ingin mencari calon yang solo dan tiada komitmen, selain boleh bermain instrumen. Bagi saya, status peserta bukan masalah asalkan mereka komited dan memenuhi ciri-ciri yang dicari.

“Kebolehan bermain alat muzik bagi saya, adalah bonus kerana ia memberi ruang untuk mereka memperluas­kan bakat dengan menghasilk­an lagu. Ia penting sebagai persediaan untuk mengembang­kan lagi kerjaya pada masa depan.

“Namun, banyak aspek yang perlu saya teliti sebelum menyena- rai pendek tiga protege untuk meneruskan persaingan mereka nanti,” katanya.

Cari protege versatil

Ditanya mengenai potensi calon protege yang menghadiri sesi uji bakat, Aizat berkata, dia kagum melihat semangat dan kesungguha­n mereka yang tidak serik mencuba untuk memastikan diri terpilih.

“Saya faham mungkin ada yang terlalu gugup, tersilap memilih lagu atau hadir tanpa persediaan rapi kerana tidak begitu jelas dengan tuntutan uji bakat. Bukan mudah untuk melepasi satu fasa ke fasa lain, ditambah pula saingan hebat daripada calon yang mempunyai bakat dan kelebihan yang memberi nilai tambah.

“Selain vokal, paling penting adalah persediaan membawa pelbagai genre lagu bagi membuktika­n keupayaan masing-masing. Mentor 7 adalah sebuah pertanding­an dan mereka perlu membuktika­n kemampuan untuk menyahut apa sahaja cabaran yang datang,” katanya.

Selain Aizat, Mentor 7 membariska­n tiga penyanyi berpengala­man lain sebagai mentor iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Hafiz Suip dan Siti Nordiana Alias.

Ditanya mengenai cabaran daripada mentor lain, Aizat berkata, setiap mereka mempunyai kelebihan masing-masing dalam membentuk gandingan terbaik bersama protege.

 ?? [ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ] ??
[ FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD / BH ]
 ??  ??
 ??  ?? Aizat (duduk) teruja berkongsi pengalaman dengan protege dalam program Mentor 7.
Aizat (duduk) teruja berkongsi pengalaman dengan protege dalam program Mentor 7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia