Berita Harian

Ibu muda sabar jaga 5 anak kecil

Kurang pengalaman tidak halang Saidah berusaha jadi isteri terbaik

- Oleh Rozdan Mazalan

Kesibukan tugas di tempat kerja dan sukar mencari pembantu menjaga anak serta menguruska­n keluarga antara faktor wanita muda hari ini perlu membuat perancanga­n jika ingin memiliki anak ramai.

Suri rumah yang juga ibu kepada lima cahaya mata, Saidah Nafisah Amir, 32, berkata tugas mendidik amat mencabar, selain berhadapan kerenah anak kecil memang memenatkan apatah pada awal usia ini mereka begitu aktif.

Anak Saidah, iaitu Ahmad Dani Rafique, sembilan; Puteri Nur Irdina, tujuh; Puteri Nur Raysha; lima; Ahmad Daniyal Rizqi; tiga dan Ahmad Darryl Rafael; satu tahun, memerlukan perhatian sepenuhnya.

“Setiap kali memandang wajah mereka, saya teringatka­n perjuangan ibu pada zaman dahulu yang serba kekurangan, namun masih mampu membesarka­n anak dengan sempurna.

“Kesungguha­n itu memberi inspirasi untuk bergelar ibu dan pendidik dengan sempurna,” katanya yang mesra dengan panggilan Ieda.

Sebelum bergelar isteri, Ieda berkata, beliau tidak terfikir bagaimana susahnya menjadi ibu. Selepas melahirkan anak pertama pada usia 23, beliau masih bekerja dan melakukan aktiviti harian.

“Namun, semua berubah apabila saya melahirkan anak kedua, ketika itu anak kedua sering sakit akibat serangan lelah. Kesihatan yang tidak memuaskan itu menyebabka­n saya membuat keputusan berhenti kerja untuk memberi perhatian sepenuhnya menguruska­n keluarga.

“Saya juga perlu mengubah gaya hidup dengan berbelanja secara berhemat, selain bijak menguruska­n peruntukan diberikan suami,” katanya.

Cabaran didik anak masih kecil

Berkongsi cabaran mendidik anak, Saidah Nafisah berkata, kesukaran dihadapi ibu muda seperti beliau, antaranya kurang berpengala­man dalam soal penjagaan anak dengan sempurna.

Jika seorang anak mungkin kata beliau, tekanannya kurang, namun tiga hingga lima anak yang perlu diberi perhatian, pastinya ramai tidak sanggup menghadapi­nya tanpa sokongan suami dan ahli keluarga lain. Sememangny­a menjadi ibu yang sempurna memang sukar jika tidak ditanamkan sifat keibuan dalam diri.

Beliau berkata, melayan kerenah anak memang mencabar, lebih-lebih lagi ketika masing-masing sedang aktif. Keadaan menjadi lebih mencabar, terutama ketika membawa mereka ke tempat awam atau taman permainan.

Cabaran lain termasuk gangguan kesihatan disebabkan usia mereka masih kecil dan sistem imun badan rendah, sering diserang penyakit, antaranya demam selesema dan batuk.

“Ada masanya kelima-lima anak demam serentak disebabkan jangkitan. Siapa tidak panik, namun saya dan suami bergilir-gilir menjaga dua anak di hospital dan tiga anak di rumah,” katanya yang kini menikmati kepuasan berpeluang mendidik anaknya sepenuh masa.

Tambahnya, tidak semua ibu yang sanggup berhadapan kerenah anak ramai memandangk­an generasi muda hari ini lebih mementingk­an kerjaya.

“Saya juga tidak terlepas disindir rakan yang tidak suka dengan cara hidup mempunyai anak ramai. Ada yang kata zaman sekarang tidak sama berbanding dahulu.

“Saya bersyukur kerana dapat menyusukan mereka sehingga berusia dua tahun. Apa sahaja yang harungi hari ini adalah pengalaman mematangka­n diri dan bertanggun­gjawab dalam hidup,” katanya yang kini mengusahak­an perniagaan makanan dari rumah dengan jenama Didaliciou­s.

Walaupun mereka aktif, sebagai ibu menjadi tanggungja­wab saya memastikan keselamata­n anak terjamin” Saidah Nafisah Amir, Suri rumah

 ??  ?? Anak gemar bermain bedak hingga mengotorka­n rumah antara cabaran mendidik dihadapi Saidah.
Anak gemar bermain bedak hingga mengotorka­n rumah antara cabaran mendidik dihadapi Saidah.
 ??  ?? Saidah bersama suami dan lima anak pada Aidilfitri, baru-baru ini.
Saidah bersama suami dan lima anak pada Aidilfitri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia