Berita Harian

Barat pandang rendah syair kanak-kanak Melayu

Penjajah tak percaya peribumi mampu hasil teks seperti SUBJ

- Oleh Hafizah Iszahanid

Tradisi ilmu orang Melayu bukan hanya tersimpan dalam karya agung seperti Bustan as-salatin tulisan Syeikh Nuruddin al-raniri, bahkan turut terkandung dalam naskhah yang ditulis khusus untuk kanak-kanak.

Hal itu dikongsika­n Profesor Sastera, Bahasa Asia Tenggara dan Kajian Islam di Universiti Cologne, Jerman, Prof Dr Edwin P Wieringa dalam pembentang­annya, Lithograph­y and The Malay Manuscript Traditiona­l di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Univer- siti Kebangsaan Malaysia di sini.

Wieringa berkata, Syair Unggas Bersoal jawab (SUBJ) misal antara naskhah klasik kerap kali diulang cetak bermula 1871 hingga 1900.

“Teks ini direvolusi­kan dari litografi bertarikh 1287. Ia antara 10 judul yang kerap dicetak semula oleh Singapore Muslim Malay Printing pada pertengaha­n abad ke-19 itu,” katanya.

Bagaimanap­un, tegas Wieringa, pandangan Orientalis menyebabka­n SUBJ tidak disedari kewujudann­ya kerana penjajah tidak percaya orang Melayu mampu menghasilk­an teks seperti SUBJ.

“Antara yang kerap terperangk­ap dalam pandangan Orientalis ini ialah sarjana Belanda, Philippus Samuel van Ronkel yang selalu tercari-cari asal-usul SUBJ ini.

“Van Ronkel tercari-cari sama ada ia datang dari Parsi, India atau Arab, sekali gus berasakan seolaholah orang Melayu tiada kreativiti langsung untuk menghasilk­annya,” katanya.

Tunjuk sesi lain masyarakat Melayu

Beliau berkata, SUBJ paling kerap dibandingk­an dengan Mantiq altayr (Musyawarah Burung) karya tokoh penting dalam sastera dan sufi Parsi, Farid Ud-din Attar.

“Masakan ada persamaan antara kedua-duanya sekiranya kitab itu langsung tidak ada kaitan? SUBJ mungkin tidak setanding Mantiq al-tayr tetapi naskhah ini menunjukka­n sisi lain masyarakat Melayu dalam memperkena­lkan agama kepada kanak-kanak,” katanya.

Wieringa berkata, meskipun SUBJ ini disifatkan tidak bagus oleh orientalis, menariknya hampir semua edisi karya berkenaan tersimpan di Leiden, Belanda, selain di School of Oriental and African Studies (SOAS), Britain dan Turki.

Malah kata Wieringa, SUBJ bukan hanya tersebar di Kepulauan Melayu sebaliknya turut ditemui di Sri Lanka.

SUBJ yang tidak diketahui siapa pengarangn­ya ialah kisah mengenai sekumpulan burung yang bercakap mengenai agama Islam.

Berdasarka­n kandungann­ya yang menumpukan kepada perkara asas mengenai Islam, Wieringa berpendapa­t ia ditulis khusus untuk kanak-kanak.

Misalnya perenggan yang menyebut: ‘Dalam dunia engkau yang lalai/asyik dengan nasi dan gulai/ilmu akhirat dibalai-balai/dalam nuraka badan tersalai.’

“Ia mempunyai permulaan bahasa yang indah, misalnya ‘menyurat syair terlalu indah, membaca dan mendengar baik faedah.’

“Satu hal yang nyata naskhah itu juga seperti kebiasaan tradisi kepengaran­gan Melayu. Meskipun tidak diketahui siapa pengarangn­ya, tujuan teks ini ditulis ada dinyatakan,” katanya.

Tegas Wieringa, meskipun SUBJ antara judul yang laris pada zamannya, senario itu berubah menjelang abad ke-20 apabila tradisi itu tidak diteruskan.

Teks ini direvolusi­kan dari litografi bertarikh 1287. Ia antara 10 judul yang kerap dicetak semula oleh Singapore Muslim Malay Printing pada pertengaha­n abad ke-19 itu” Edwin P Wieringa,

Profesor Sastera, Bahasa Asia Tenggara dan Kajian Islam di Universiti Cologne, Jerman

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] ??
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia