Berita Harian

Negara perlu lebih ramai pendidik kreatif

-

Kuala Lumpur: Pendidik kreatif dan berinovasi yang mampu menerapkan transforma­si pedagogi terkini dikenal pasti antara faktor utama yang mampu melaksanak­an konsep pengajaran abad ke21.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, berkata bagi menjayakan transforma­si itu, pendidik perlu berani berubah dengan meneroka dan melaksanak­an konsep, teknik serta idea pengajaran yang di luar kebiasaan.

“Generasi muda hari ini tidak sama seperti dulu kerana mereka lahir pada zaman yang berbeza, justeru kaedah pengajaran konvension­al tidak lagi boleh digunakan jika ingin memastikan pelajar terus minat untuk ke sekolah.

“Pedagogi abad ke-21 memberi tumpuan kepada cara guru mengendali­kan pelajar di dalam kelas, termasuk penggunaan teknologi dan idea yang kreatif,” katanya pada sidang media Seminar Pedagogi Abad Ke-21 di sini, semalam.

Seminar anjuran UPSI yang diharap dapat merealisas­ikan hasrat untuk melahirkan lebih ramai pendidik kreatif itu akan berlangsun­g 15 Disember depan.

Antara pengisian seminar ialah perbincang­an mengenai sistem pendidikan abad ke-21 ialah penilaian tanpa peperiksaa­n dan pembelajar­an yang menyeronok­kan, terutama pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Seminar pedagogi terkini

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan kira-kira 300 peserta dan seminar berkenaan memfokuska­n perkongsia­n ilmu serta teknik terkini dalam proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP).

Katanya, melalui seminar itu, UPSI membuka peluang kepada guru, pensyarah dan pelajar dalam bidang pendidikan di negara ini untuk mempelajar­i teknik terkini serta idea kreatif dalam PDP sama ada yang dihasilkan di dalam mahupun luar negara.

“Seminar itu akan turut membincang­kan isu dan cabaran dalam mendepani generasi akan datang terutamany­a dengan kepesatan teknologi dunia tanpa sempadan.

“Kami mengharapk­an warga pendidik mengambil peluang ini untuk mengetahui sistem dan teknik pendidikan terkini oleh pakarpakar dalam bidang pendidikan, termasuk dari negara seperti Finland dan jepun,” katanya.

Warga pendidik dan pelajar yang ingin menyertai seminar berkenaan boleh berhubung dengan Unit Media dan Penerbitan, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI.

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] ?? Prof Mohammad Shatar (lima dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UPSI, Prof Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah (lima dari kanan) bergambar selepas sidang media Seminar Pedagogi Abad ke-21 di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH] Prof Mohammad Shatar (lima dari kiri) dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UPSI, Prof Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah (lima dari kanan) bergambar selepas sidang media Seminar Pedagogi Abad ke-21 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia