Berita Harian

Lingkaran api Pasifik ‘mengganas’

Gempa landa Papua New Guinea, Indonesia, Jepun, AS dalam tempoh 24 jam

-

Empat negara, termasuk Papua New Guinea, Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan dilanda gempa bumi kelmarin, sekali gus menandakan aktiviti gegaran Lingkaran Api Pasifik semakin hebat.

Ia berdasarka­n pandangan bahawa gegaran yang melanda empat negara itu meliputi tempoh hanya 24 jam, meskipun gempa itu tidak mencapai magnitud tinggi.

Malah, laman web ‘Volcano Discovery’ menyatakan, dalam tempoh 48 jam hingga 72 jam, berlaku 33 gempa melebihi 3 magnitud; 17 gempa pada melebihi 4 magnitud dan satu melebihi 5 magnitud.

Gempa bumi terbesar melanda sehingga semalam disahkan pada kekuatan 5 magnitud di Kainantu, Papua New Guinea, jiran Indonesia yang masih dalam proses pemulihan selepas gempa kuat pada Ogos lalu.

Gegaran berlaku di bawah permukaan bumi pada anggaran kedalaman 128 kilometer dan tidak memberi kesan ketara pada permukaan bumi.

Indonesia juga tidak ketinggala­n dilanda gegaran berhampira­n wilayah Abepura yang direkodkan pada 4.6 magnitud dan turut disahkan sebagai terlalu dalam untuk mencetuska­n sebarang kemusnahan.

Jepun yang dilanda beberapa bencana alam tahun ini mencatatka­n dua gempa bumi dengan ukuran terbesar dicatatkan 4.4 magnitud di timur Tomakomai.

Tiada kemusnahan

Sementara itu, di Amerika Syarikat, Alaska pula mengalami lapan gegaran, namun tiada sebarang kemusnahan dilaporkan kerana gempa terbesar berukuran 3.3 magnitud berhampira­n daerah Tok.

California yang terdedah kepada ancaman gempa bumi pula mengalami dua insiden dalam tempoh 24 jam, namun kedua-duanya juga hanya gegaran kecil, dengan ukuran terbesar 2.8 magnitud berhampira­n Pinnacles.

Semua lokasi gempa bumi berkenaan adalah sebahagian dari rantau Lingkaran Api Pasifik, iaitu kawasan mengelilin­gi Lautan Pasifik berbentuk ladam kuda yang menentukan aktiviti seismik bumi.

Hampir 90 peratus kejadian gempa bumi berlaku sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang turut memiliki 75 peratus gunung berapi paling aktif di dunia.

Jumlah berkenaan terdiri daripada jaringan 452 gunung berapi yang terdapat di beberapa kawasan mencakupi bahagian paling selatan di Amerika Selatan, Pantai Barat di Amerika, Selat Bering, Jepun dan New Zealand.

Secara keseluruha­n, Lingkaran Api Pasifik membentuk arca sejauh 40,233 kilometer dari sempadan plat Pasifik, plat Cocos dan plat Nazca yang terletak di hujung Lautan Pasifik.

Lingkaran itu adalah kesan daripada plat tektonik, iaitu gabungan kerak bumi yang bercantum antara satu sama lain bagi membentuk permukaan bumi.

Kesemua plat tidak berada pada satu kedudukan tetap, sebaliknya saling bergerak. Kadangkala plat itu berlanggar antara satu sama lain atau saling bergeser menyebabka­n gempa bumi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia