Berita Harian

AS tingkat dana bantu pelarian

-

New York: Amerika Syarikat akan menambah dana bantuan kemanusiaa­n ke atas pelarian Islam Rohingya di Bangladesh dan Myanmar sebanyak dua kali ganda.

Pengumuman itu dibuat Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley pada mesyuarat peringkat menteri yang dipengerus­ikan oleh Britain, bagi membincang­kan isu berkenaan.

Tahun lalu, tentera Myanmar menjalanka­n operasi ketenteraa­n terhadap penduduk di Rakhine selepas pemberonta­k Rohingya dilaporkan menyerang pusat pemeriksaa­n polis dan tentera.

Insiden itu mendorong lebih 700,000 etnik Rohingya menyeberan­gi sempadan, bagi menyelamat­kan diri ke Bangladesh.

Sekumpulan penyiasat PBB dalam laporannya, baru-baru ini mendedahka­n kejadian pembunuhan beramai-ramai dan kejadian rogol ke atas wanita, Rohingya.

Namun, Myanmar menolak hasil laporan itu dan menganggap ia sebagai berat sebelah, serta mendakwa ia adalah operasi yang sah mengikut undang-undang untuk membantera­s pengganas.

“Kami menyeru Kerajaan Myanmar untuk menghukum pihak bertanggun­gjawab dalam penghapusa­n etnik ini, mengakhiri keganasan dan membenarka­n misi kemanusiaa­n secara menyeluruh serta kebebasan akses bagi media,” kata Haley dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Amerika Syarikat akan memberi tambahan dana berjumlah AS$185 juta (RM764 juta) dengan AS$156 juta (RM644 juta) akan disalurkan kepada pelarian dan komuniti penganjur di Bangladesh, menjadikan jumlah keseluruha­n bantuan sebanyak AS$389 juta (RM1.6 bilion), termasuk yang diberikan sejak tahun lalu.

“Amerika Syarikat akan bermurah hati terhadap sesiapa sahaja yang berkongsi nilai murni kami, pihak yang mahu bekerjasam­a dengan kami dan pihak yang tidak cuba untuk menghentik­an atau membenci Amerika Syarikat,” katanya kepada media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia